Thursday, December 17, 2009

KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA RAKAN2

Dah kenyang makan Kak Ika dengan Kak Nor senyum manjang le......

Zurina memang kaki makan dan kaki pedas,tambah lak makan untuk 2 orang sekali....mmm sedap ni...mai le.

Sempat posing dalam apartment Villa Dahlia ni,penginapan okey,cuaca agak sejuk...musim hujan,tak pi pun jalan2 tentatif khursus padat lagipun kami naik bas je...teruknya bas dari Tapah ke Tanah Rata ...macam nak roboh je...

Sampai pejam mata Kak Salmah makan...sedap beno le tu atau dah lapo beno,Kak Maziah begitu kyusyuk sekali menjamu selera...ingatkan Abang Usop le tu....

Sekali-sekali makan guna sudu le....kot nanti ada jamuan kat hotel2 beso...kena practice le dulu.

Ini le Kak Ana ,keluarga angkat aku kat Changkat Larang tu, masa dulu aku dan keluarga Kak Ana naik ke Cameron ni dalam tahun 1990 ,masa aku dan Kak Ana belum kawin lagi,jadi ini dah hampir 20 tahun baru aku dapat merasa ke Cameron semula ,kan ape tak lalu nak naik keatas ni,asyik pening dan muntah je....gambo2 lame tu masih aku simpan hingga kini......

Thursday, December 3, 2009

MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN.

Aku sedang mententeramkan mangsa yang terkejut setelah ape yang berlaku,plus ronda sampai 5 minit kemudian.....Beliau menceritakan ape yang terjadi dan agak emosi sikit waktu tu mungkin terkejut.

Keadaan jalan yang basah dan hujan ,menyebabkan jalan licin jadi berhati2 memandu di musim tengkujuh ini......

Suami aku sedang mengeluarkan barang berharga dari kenderaan wanita ini.Lupe lak nak tanye name.....

Kejadian diatas telah terjadi pada waktu aku dan suami mengambil anak dari Kuala Kangsar,apabila keluar sahaja dari tol KK ,lebih kurang 5 atau 6 kilometer kami terserempak dengan insiden diatas. Aku menyuruh suami ku memberhentikan kereta,waktu itu hujan turun dengan renyai2 dan menyebabkan tiada kenderaan yang berhenti walau mangsa telah mengangkat tangan untuk meminta bantuan.

Kenderaan yang dipandu wanita yg bertudung biru bersama rakannya mengalami masalah yang mereka sendiri tak menduga.Katanya pada aku, dia memandu dalam sekitar 80 atau 90 meter sejam aje,tiba2 keretanya hampir melanggar benteng tengah lebuhraya,bila dipotong oleh sebuah kenderaan.Beliau terus ketepi untuk mengelak dilanggar kenderaan lain dan keretanya berpusing dan terus masuk ke dalam longkang.

Walaubagaimana pun kami bersyukur kerana mereka tidak mengalami apa2 kecederaan,dimaklumkan mereka dari Pengkalan Hulu dan hendak pulang ke rumah di Ipoh.

Tuesday, December 1, 2009

MENYERTAI PERTANDINGAN ......................

Assalammualaikum,bersua kembali setelah agak lama komputer dibaiki dan dinaiktarafkan lagi supaya lebih menjadi mantap dan lebih cepat untuk diupdate.Kerja-kerja pembaikan di buat di Kuala Lumpur oleh adik ipar yang memang mahir dalam IT dan mempunyai kedai komputer mereka sendiri.Jadi lebih menyenangkan dan mudah untuk mereka melihat ape jua kerosakan dan menambah ape yang kurang,sebulan juge le menungnya dan dua kali juge le terpaksa ke CC untuk membuke email yang dah banyak dihantar.

Aku sambunglah kembali kisah aku kat sekolah menengah ni,setelah aku dah tak berapa minat dalam sukan lagi,disebabkan beberape faktor,aku mencari minat lain pulak,aku banyak menghadiri program agama di sekolah,aku masuk persatuan agama,puteri islam dan yang bersangkutan dengan agama islam semuanya.Disebabkab itulah Ustaz telah melantik aku sebagai Setiausaha persatuan agama islam dan aku juge menjadi Pengerusi Puteri Islam di sekolah.

Alhamdullilah,dengan penyertaan aku itulah banyak program2 sekolah dan di luar sekolah aku turut serta,dan menjadi wakil sekolah di setiap ape jua program yang dianjurkan.Apabila telah ade jawatan sudah tentulah juge aku menjadi sasaran dalam pertandingan yang diadakan,jadi aku menyertai juge pertandingan pidato,bercerita sebagai wakil sekolah ketika itu.Ngetornya tak kire le,tak pernah aku naik pentas,bercakap depan orang ramai....ape lagi memang waktu tu rase nak nyorok je tapi Alhamdullilah le dengan dorongan ustaz dan rakan2 aku berjaye juge le bercakap walau tak le menang tangga teratas.

Semua itu menjadi satu lonjakan pada aku untuk terus berkecimpung dalam ape jua program agama,dan ia juga menjadi satu dorongan yang tak dapat aku ungkaikan dengan kata-kate.Memang indah waktu itu,dan sebagai ketua kite dapat mendidik diri kite menjadi seorang yang bertanggugjawab dan kite sentiasa akan menjadi perhatian orang lain.Jadi bile kite terasa diri kita diperlukan untuk berbakti,persiapkan diri,bersedia untuk merubah menjadi yang lebih baik,bukan untuk menonjol diri tapi membaiki diri untuk lebih berdisplin dan bertanggungjawab.

Ape jua yang berlaku ade hikmah disebaliknya,dan aku akan ceritekan satu kisah tragis yang berlaku di waktu aku tingkatan 5,jadi nantikan kisahnya.Jumpe le lagi......................