Friday, April 30, 2010

MUTIARA KATA

  • valley-winter

    Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

    Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

    Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

    Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

    Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

    Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

    Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Tuesday, April 20, 2010

Kata-kata Hikmat Saidina Umar R.A




Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Wednesday, April 14, 2010

BIDADARI ITU ADA DI BUMI





Wahai Muslimah ku tahukah dikau….

Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar,
Riasnya indah lagi memukau,
Lentuknya tertib lembut gemalai,
Nur kasihnya terang cemerlang terpancar,
Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu,
Yang sangat sempurna dari yang sempurna,
Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya,
Yang menjadi peneman paling utama,
Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

Ratu bidadari pada dunia fana ini,
Isteri solehah gelaran di beri,
Tiada tertanding akhlak dan pekerti,
Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi,
Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami,
Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.



Wahai Muslimah ku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya,
Hanya mengharap pada Ilahi,
Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi,
Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya,
Agar syurga menjadi imbalannya,
Supaya hajatku menjadi terlaksana.

Wahai Muslimah ku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku,
Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah,
Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana,
Dan menjadi harapan dan doaku selama ini ……
Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….……

InsyaAllah…..




ADAB ATAU AKHLAK SEORANG MUSLIM



Tafsir Surah An-Nisa' ayat 86


Ulama-ulama tafsir berselisih pendapat berhubung dengan maksud syafaat. Mujahid, al-Hasan, Ibnu Zaid dan lain-lain berkata yang dimaksudkan dengan syafaat itu ialah menolong dalam menunaikan hajat-hajat mereka.

Setengah ulama berkata yang dimaksudkan syafaat yang baik itu ialah melakukan kebajikan dan taat, manakala syafaat yang jahat itu ialah mengerjakan maksiat.

Sesiapa menolong dalam perkara kebaikan, pahala diberi kepadanya sebaliknya sesiapa yang mengerjakan kejahatan dia akan menerima akibat buruk (dosa) dari perbuatannya.

Setengah ulama' berpendapat syafaat juga dimaksudkan dengan doa yang baik kepada saudara-saudara seIslam terutamanya doa yang dilakukan secara sembunyi tanpa siapapun mengetahuinya melainkan Allah. Doa yang disebut di dalam hadith Nabi S.A.W. yang bermaksud :

"Sesiapa yang berdoa ditempat yang sunyi nescaya diperkenankan baginya dan malaikat mengaminkannya dan dia mendapat pahala sepertinya."

Begitu juga sesiapa yang berdoa supaya ditimpa kesusahan ke atas saudaranya yang baik sebagaimana perangai orang-orang Yahudi yang mendoakan kejahatan ke atas orang-orang yang beriman maka dia akan menerima dosa daripada perbuatannya walaupun dengan doa sahaja.

Termasuklah mereka yang berdoa untuk menentang Islam. Sesiapa yang berdoa supaya ditimpa kecelakaan terhadap orang-orang yang menegakkan Islam (sebagaimana yang berlaku di kalangan ahli kitab Yahudi dan ulama-ulama jahat), dia akan menerima padah dari perbuatan jahatnya itu. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 85)

Seterusnya Allah mengajar orang-orang yang beriman dengan suatu adab yang baik iaitulah adab pergaulan sesama mereka dengan firman-Nya yang bermaksud :

"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam) maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung akan tiap-tiap sesuatu." (Surah an-Nisa': 86)

Pendapat yang lebih kuat - yang dimaksudkan dengan hormat di sini ialah memberi salam walaupun ada ulama yang menjelaskan bahawa termasuk dalam ayat ini Tasymitul 'Atisy (berzikir ketika seseorang bersin) dan membalas orang yang 'Musyamit'.

Ertinya apabila seseorang itu bersin, dia berkata 'al-hamdulillah' dan yang berada di sisinya menjawab 'Yarhamukallah'. Ini adalah diantara perkara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. tetapi yang lebih kuat dimaksudkan ayat ini ialah memberi salam.

Menjadi ijma' di kalangan para ulama bahawa memulakan salam itu disunatkan dan sangat digalakkan manakala menjawab salam diwajibkan. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan apabila kamu diberi hormat dengan suatu penghormatan (salam) maka kamu hendaklah menghormatinya (menjawab salam itu)." (Surah an-Nisa': 86)

Ulama' berkhilaf dalam masalah sama ada menjawab salam itu wajib kifayah atau fadhu ain. Di sisi Imam Malik dan Imam Syafie, menjawab salam itu menjadi fardhu kifayah (wajib secara umum). Sekiranya ada orang yang menjawab salam di kalangan kumpulan yang ramai maka lepaslah tanggungjawab yang lain (yang tidak menjawab salam di kalangan mereka).