Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS KAHWIN DI KLEBANG-PART 1

Ni kire dah tengahari...matahari atas kepale,cuaca Alhamdullilah..rehat le dulu,beg2 belakang tu cenderahati yg akan diberi kepada tetamu yang hadir.
Upacara makan oleh saudara mara yg hadir seawal pukul 11 tengahari,ni makan anak beranak le dulu..tetamu belum sampe lagi.
Meja santapan pengantin......
Ini cenderahati pada hari pernikahan....
Wafiy dengan sepupu2nya ,nampak dah letih deme ni...relax le dulu bawah pokok yg tak cukup daun ni....
Bapa mertuaku dengan abang ipo aku berteduh dipohon yg daunnya dah keguguran akibat dari kemarau,jadi le....kat sini ade angin juge,jangan naik angin dah.........
Biras aku, Cikgu Saiyah yg sentiasa cool aje dengan anak sulungnya...lepas ni kenduri kawin ayong le pulak kot..jangan mare ye....
Bergambo dengan anak buah,mak sedara deme dan pupu2 deme..kan selalu dapat pun berkumpul cam ni...
Dari kiri mak mertua aku,mak pengantin,kak ipo aku[kak chik],kak ipo aku{akak}aku dan mak sedara , mak su,belum sampe tetamu lagi ni tapi dah penat beno nampaknya.
Jamuan anak beranak adalah yang utama sekali,ape2 pun kite makan dulu ....nanti lapo nunggunya.

Thursday, February 18, 2010

MAJLIS PERNIKAHAN ANAK SAUDARA......

Zikri menyarung cincin pernikahan kat jari Elham,sabtu ni majlis menyambut kat U10 Shah Alam,esok kami akan kesana...gambo majlis kenduri akan dipost kendian ye.
Ni pengantin dengan sepupu2 perempuannya...semuanya belajo le lagi.
Gambar selepas majlis pernikahan,ade yang tak sampai lagi sebenonya,hari tu 14 haribulan jalanraya memang 'jam' giler punye...kak chik dan acu tak sampe,deme sampe pun dah tengah malam....tak dapat le begambo.... sepupu yg tak sampe tu ramai yg kecik2 je lagi.
Numpang gembira dihari pernikahan,Elham anak sulung, cucu pertama dan anak saudara yang pertama berkahwin,moga rumahtangganya dalam keredhoan Allah selalu.
Semoga berbahagia ke akhir hayat serta dilimpahi dengan kerahmatan Allah,jadilah isteri dan suami yang soleh dan sholehah.
Elham nunggu kat bilik pengantin,serba putih .
Akad nikah bermula,juru nikah ni orang mude,khutbah dia pun tak meleret dan spontan jer tapi power..sape yang makan cili memang le terasa pedasnya..dua kali akad..cool aje nampak tapi nengok muka pucat weh...
Rombongan dari pihak lelaki,dari Shah Alam.
Ini hantaran dari lelaki,bekenan beno tengok jambangan bunga tu,ia sejenis puding lapis,tak kira le berape banyak dianto bebelas kot....
Barang hantaran dari pihak perempuan...warna coklat dan kuning jadi pilihan untuk majlis ini.

Tuesday, February 9, 2010

11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.