Friday, November 11, 2011

YOGURT BOLEH UBATI STRES

Berdasarkan laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

Tuesday, November 8, 2011

BANYAKNYA KHASIAT TERUNG....



terung

Pada pandangan saya,
mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang gemar memakan terung. Hakikatnya, terung juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

terung2

Selain itu, terung yang dikisar
dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Kepelbagaian Jenis Terung

terong-asam

Terung Asam

terong-pipit

Terung Pipit

terong-satut

Terung Satut

terong-telunjuk

Terung Telunjuk

terong-pipit2

Gambar terung di atas saya tak pasti terung jenis apa.. Macam terung pipit juga cuma warna dan bentuknya ada beza sedikit.

Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..

Terung Pipit

terung-pipit

Teringat sewaktu zaman bujang dahulu, rakan serumah gemar memasak terung pipit bersama dengan cili padi. Tidaklah sedap sangat…. nama pun orang bujang, yang mana asal boleh makan kira masuk mulut telan aje.. Sejak dari itu sehingga sekarang ( lebih kurang 7 tahun kot) saya tidak pernah lagi makan terung pipit. Izinkan saya memperkenalkan terung pipit ini pada anda.

Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas. Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

terung-pipit2

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Anda suka makan sambal terung?

terung

Anda suka makan sambal terung? Teruskan makan sayur kegemaran anda itu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.

Kajian di Jepun
menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.

Kecantikan Muka

terung

Semua wanita inginkan wajah dan kulit yang cantik. Pelbagai petua digunakan bagi menjaga kecantikan muka. Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga kecantikan muka. Terung dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka. Bagi yang pernah mengamalkannya, bolehlah berkongsikan testimoni anda di sini..

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. la baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol. Dalam bidang kajian kanser pula, agen ‘antiangiogenisis’ yang terdapat pada kulit terung dikatakan mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah.