Thursday, August 12, 2010

RAMADHAN BULAN KEAMPUNAN....


RAMADAN juga bulan penuh keampunan daripada Allah terhadap hamba-Nya yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam melaksanakan puasa dan ibadat lain.

Antara sebab turunnya ampunan itu berdasarkan sabda Nabi Muhammad saw bermaksud :-


“Barang siapa puasa Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)


“Barang siapa melakukan solat malam pada Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)


“Barang siapa melakukan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosanya yang telah lalu.” (Hadis Muttafaq 'Alaih)


“Barang siapa yang dalamnya (Ramadan) memberi ifthar kepada orang berpuasa, nescaya hal itu menjadi sebab dosanya diampunkan dan pembebasan dirinya daripada api neraka.” (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah (dan menshahihkan hadis ini), Al-Baihaqi dan lainnya).


“Ada tiga macam orang yang tidak ditolak doanya. Antaranya disebutkan, ‘orang yang berpuasa hingga dia berbuka.” (Hadis riwayat Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab sahih masing-masing dan at-Tirmizi mengatakannya hadis sahih hasan)


“Tuhan kami Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun pada setiap malam ke langit dunia, (iaitu) ketika masih berlangsung sepertiga malam yang akhir seraya berfirman, “Barang siapa berdoa kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan untuknya, barang siapa memohon kepada-Ku, nescaya Aku memberinya dan barang siapa memohon ampunan kepada-Ku, nescaya Aku mengampuninya.” (Hadis riwayat Muslim).


Jika sebab keampunan pada Ramadan demikian banyak, maka orang yang tidak mendapatkan keampunan dalamnya adalah orang yang memiliki seburuk-buruk nasib.

Hayatilah doa yang dipanjatkan ketika datangnya Ramadan iaitu :

“Ya Allah, Ramadan telah menaungi kami dan telah hadir, maka serahkan ia kepada kami dan serahkan kami kepadanya.

“Kurniakan kami kemampuan untuk berpuasa dan solat dalamnya.

“Kurniakan kami dalamnya kesungguhan, semangat, kekuatan dan sikap rajin. Lain lindungilah kami dalamnya daripada pelbagai fitnah.”