








Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.




Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.


Terung Asam

Terung Pipit

Terung Satut

Terung Telunjuk

Gambar terung di atas saya tak pasti terung jenis apa.. Macam terung pipit juga cuma warna dan bentuknya ada beza sedikit.
Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..
Terung Pipit

Teringat sewaktu zaman bujang dahulu, rakan serumah gemar memasak terung pipit bersama dengan cili padi. Tidaklah sedap sangat…. nama pun orang bujang, yang mana asal boleh makan kira masuk mulut telan aje.. Sejak dari itu sehingga sekarang ( lebih kurang 7 tahun kot) saya tidak pernah lagi makan terung pipit. Izinkan saya memperkenalkan terung pipit ini pada anda.
Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas. Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.
Anda suka makan sambal terung?
Anda suka makan sambal terung? Teruskan makan sayur kegemaran anda itu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.
Kajian di Jepun menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.
Kecantikan Muka
Semua wanita inginkan wajah dan kulit yang cantik. Pelbagai petua digunakan bagi menjaga kecantikan muka. Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga kecantikan muka. Terung dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka. Bagi yang pernah mengamalkannya, bolehlah berkongsikan testimoni anda di sini..
Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. la baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol. Dalam bidang kajian kanser pula, agen ‘antiangiogenisis’ yang terdapat pada kulit terung dikatakan mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah.

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusanyang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Ambillah masa membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang dan anda benar-benar tahu apa yang berlaku di Palestin pada hari ini.
Ini serius! Apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa!















Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
"Sediakan payung sebelum hujan" merupakan satu perpatah yang biasa kita dengar. Sememangnya orang dulu-dulu pandai membuat peribahasa. Sebenarnya sesuatu peribahasa itu boleh dikatakan merupakan suatu kiasan atau rumusan terhadap sesuatu perkara. Dengan menggunakan ayat yang pendek dan padat serta cantik pula bunyinya, melalui sesuatu peribahasa kita dapat faham apakah yang maksud yang hendak disampaikan.Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi jua. Begitulah bagi kaum masyarakat Melayu, sama ada yang di kampung atau di pekan, langkah yang mula-mula sekali dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada siak atau penjaga masjid kampung atau pekan itu supaya dituliskan di atas papan pemberi tahu masjid itu untuk pengetahuan orang-orang kampung tentang siapa yang mati, bila dan di mana dikebumi atau dikuburkan.
Kemudian dihebohkan dengan mulut kepada kaum keluarga dan sahabat handai terdekat dan bagi sanak saudara yang tinggal jauh pula diberitahu melalui telefon atau telegram atau dengan surat . Adalah menjadi perkara mustahak untuk dihebohkan agar tidak ada sesiapa yang akan terkecil hati disebabkan tidak mengetahui akan kematian si mati.
Soalnya, sudahkan kita menyediakan "PAYUNG" untuk bekalan akhirat kita?