Tuesday, January 26, 2010

MENGGIGIL DI PANGGIL GURU BESO......

Assalammualaikum,syukur kehadrat illahi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku menulis di sini kembali.Agak lama tak mengomel di ruangan ini,banyak masa dihabiskan dengan program2 parti dan urusan rumahtangga.Berkejar dengan masa,yang dirasakan terlalu pantas dan kekadang tak berdaya untuk melakukan tugas2 yang semakin banyak lagi mencabar ini.Namun disebabkan ingatan pada Allah sentiasa bersama,perasaan itu dicampakkan jauh2 semoga diri ini akan tetap beristiqamah dengan tugas2 yang dipertanggungjawabkan.

Aku ingin kembali menyambung aktiviti2 yang aku lakukan semasa berada di alam sekolah menengah,entri hari tu tak habis nak cerita lagi.Sewaktu di tingkatan 4 dan 5 aku banyak mengikuti kelab2 dan persatuan agama islam.Minat aku bertambah dengan dorongan ustaz aku yang sentiasa memberi peluang dan galakan untuk aku cenderung dalam persatuan serta aktiviti2 agama yang dianjurkan di sekolah.

Aku juga dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Puteri Islam dan Setiausaha Persatuan Agama Islam selama 2 tahun itu.Banyak program yang aku aturkan sepanjang aku menjawat jawatan itu,baik didalam sekolah atau program yang dianjurkan di sekolah lain aku akan mengikutinya.

Aku ingin menceritakan kisah aku semasa pimpinan Persatuan Pelajar Islam Perak (PPIP) datang menjenguk aku dan Persatuan aku kat sekolah.Mereka datang bertiga,aku tak ingat pun name mereka,semuanya adalah pimpinan tertinggi ,mereka menetap di bandaraya Ipoh,aku mengenali mereka pun disebabkan aku selalu hadir keprogram yang mereka anjurkan.Ini bukan persatuan haram ye....surat2 yang mereka hantar pun akan terus kepada guru persatuan dan guru itu akan memberitahu kat ketua dan aku program yang akan diadakan.

Seingat aku pada suatu hari tu,waktu nak tengahari dah ,mereka datang dan menemui ustaz menyatakan untuk bertemu dengan pimpinan persatuan dan ahli2 nya,aku diarahkan mengumpul mereka disurau,waktu tu pun dah habis kelas,jadi dapat lah aku mengumpul beberape orang ahli2 persatuan yang waktu tu pun pelajar2 ni bukan minat sangat dengan persatuan agama islam,mereka lebih gemo dengan persatuan budaya,bahasa atau uniform yang lain.

Aku tak berapa ingat le sangat ape yang diperkatakan ,cuma sekadar menasihati dan saling ingat mengingati sesama islam,dan menyuruh membuat program untuk pelajar islam dan sebagai motivasi diri aje.Selesai le bab itu dan kami bersurai le...dah deme balik aku dan pengerusi Persatuan Agama Islam ,namenya Ridhuan rasenya,bapaknya aku lupe name,dipanggil oleh ketua pelajar Mazlan,katanye aku buat perjumpaan haram dan guru besar dah dimaklumkan dengan perjumpaan itu.

Waktu tu aku pun tercenggang2 le,yang si Ridhuan tu menyalahkan aku pulak.dia cube nak melepaskan kesalahannya ke atas aku,kata Mazlan esok diperhimpunan pagi aku akan dipanggil oleh guru besar.Hati aku dah tak keruan,ape salah aku,dan sepanjang hari itu aku tak senang le,gelisah ade,takut,malu dan semua perasaan yang bersalah dah terlekat kat diri aku ni.Si Ridhuan ni boleh buat bodoh aje...sampe kini aku ingat ko tau..tapi tak pe le semua yang berlaku menjadikan aku lebih tabah,kuat dalam meniti perjuangan yang aku lalui ini.

Pagi esoknya hati aku berdebar2,gementar dan sarat dengan perasaan takut,aku cube kuatkan semangat,memujuk hati,tiada lagi kawan yang ingin menangis bersama waktu kita melalui keadaan sukar.Cuma aku ucapkan terimakasih sangat kat sahabat aku ni,Zaleha name dia dekat same dengan name aku juge,anak saudara guru besar,sentiasa memberi kate2 semangat yang menyakinkan aku.Aku dapat tahu Zaleha kawin dengan member sekelas juge,korang bercinta waktu sekolah yek...pandai simpan rahsia.Semoga berbahagia le.

Pada pagi perhimpunan itu,apabila dah selesai,nyanyi lagu kebangsaannya,lagu sekolah,lagu negeri dan ntah ape ke lagunya,ucapan dah pengumumman dah dan akhirnya tentang perjumpaan semalam itu pun dikumandangan di atas pentas.Semua name yang datang dalam perjumpaan itu pun dipanggil,aku pun keluar le ,buat muke bodoh aje le walau malu,tak pernah weh aku kene panggail kat perhimpunan,kira sejarah untuk dikenang sampai keanak cucu..kalau panjang umur.

Bila guru besar tanya,kawan2 yang datang program tu semua menuding jari kat aku,deme kate aku yang ajak le,deme tak tau program ape le dan banyak le alasan deme,yang sorang tu boleh nangis lagi...cis..kome ni memang tak leh buat kawan punye le.Si Ridhuan tu boleh ponteng hari tu tak datang sekolah,punye le mangkuk betul le dia ni.Aku le kene soal siasat hari tu,bla..bla le guru besar tu...tapi idak le sampai marah dengan menengking atau kene rotan,sekadar menasihati aje.

Kira2 muke aku popular le,masuk aje kelas semuannya menyibuk nak tau,ape guru besar buat le,tanye itu ini le,menyampahnya aku...tapi tak pe aku buat muke selambe aje,tak jadi kudis dan bekas pun bagi aku semua tu.Aku tetap dengan kerja dan tugas aku,member bertambah ramai terutama kawan berbangsa India.aje nya deme gemo beno kawan dengan aku...riso juge,nampak aje muke aku,ade aje deme nak tanye...tanye tentang pelajaran le...terutama Bahasa Melayu dan Sastera.Aku pun memang handal dalam Sastera ni,markah mesti penuh aje...tapi tak dapat juge jadi sasterawan.....

Semua yang aku kutip dulu tu,kini menjadi kekuatan untuk aku berada dalam perjuangan yang aku pilih ini.Politik yang aku ceburi kini menjadi landasan untuk aku lebih beriltizam,beristiqamah dalam meniti hari2 yang penuh suka dan duka.Aku gembira dengan kerja2 aku kini,aku puas dan aku sentiasa berdoa moga kekuatan ini akan terus berada bersama aku.

Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat pimpinan PPIP dulu,kini mereka banyak bergiat dengan politik dan antara mereka dah jadi yang hebat pun,aku kenal mereka tapi mereka mungkin tak kenal aku.Tanpa dorongan dan nasihat dari kamu sekalian mungkin aku tidak berada dilandasan ini,aku bangga menjadi pejuang agama,semua itu menjadi aku bertambah seronok dengan kerja2 yang aku lakukan,tanpa mengharap ganjaran atau pujian ,cukuplah sekadar mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Wassalam.Jumpa Lagi.

1 comment:

HaDi said...

salam kak ju...
citer sekolah menengah pn igt lagi ye...mst kenangan nie ade sesuatu yg bt kak ju terus igt bnd ni walaupun setelah skian lame meninggalkan alam persekolahan...=D