Friday, July 29, 2011

GAMITAN RAMADHAN......



Ramadhan datang lagi...kini usia yg banyak telah merubah segalanya,teringat masa kecik2 bulan puasa amat mengharukan dan menyedihkan.Apa ke tidak dalam keadaan kehidupan yg tidak mengizinkan untuk melalui puasa dengan sebaik mungkin,namun ibadah itu tetap dilunaskan.

Alhamdullilah ,zaman kanak2 banyak mengingati aku kesusahan keluarga ,dengan ahli yg ramai tentu sukar untuk merasai juadah2 berbuka yg enak dan banyak.Namun aku pasrah dengan kehendak Illahi,semuanya ada hikmah yg harus aku lihat dari sudut yg berlainan.

Nostalgia yg indah terlalu banyak untuk dikongsi ,kehidupan kita dulu dan kini terlalu jauh berbeza,ramadhan tiba tentulahlah arwah mak yg paling aku rindui.Sembilan tahun mak pergi,sunyi rasa hidup ini.....dulu bila bulan puasa kalau mak tahu aku sekeluarga nak balik ,mak akan siapkan juadah2 yg anak menantunya sukai.Banyaknya juadah ,kadangkala aku akan call dulu untuk bagi tahu yg mak tak perlu siapkan juadah berbuka kerana aku akan siapkan di rumah dulu.

Ya Allah ...begitulah sayangnya mak pada anak2 ya....gembira anak2 akan balik untuk berbuka bersama,menanti waktu yg begitu indah untuk dirai dengan anak2nya..

Kini waktu2 itu tak akan berlaku lagi...kenangan2 itu terlalu sedih untuk aku ingati,ianya tak kan berulang lagi,semua kenangan itu hanya terpahat di hati ku ini,rindu pada mak begitu membara menjelang ramadhan ini.

Sesuatu yg terlalu payah untuk aku ungkapkan dengan kata2,terlalu payah untuk aku zahirkan di sini,namun aku tidak penah melupai mu mak...doa2 ku sentiasa mengiringi mu.harapan ku mak bersama orang2 yg soleh.....

Kenangan indah itu akan sentiasa meniti di bibir aku,sentuhan dan desiran kata2 mu adalah azimat untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini.Akan aku jadikan anak2 ku menjadi insan soleh dan solehah,nama mak sentiasa di bibir cucu2 yg masih mengingati opahnya yg baik dan menyayangi mereka.

Aku selalu berpesan pada mereka sentiasa berdoa untuk opah,jangan lupa opah dan kenang lah saat2 indah kita bersamanya.

Kasihku tetap abadi........doa ku akan sentiasa bersama mu......


No comments: