1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih
berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini
syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah
sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak
mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini
tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan
percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar
berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi
yang lebih licik seperti di bawah.
2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan.
Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan
mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak
mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di
pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru.
Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia
kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu
syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”
3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi
syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada
fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit
saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.”
Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit,
sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.
4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini
syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai.
Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh
kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab
potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju
berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai
semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi
sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan
berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun
terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke
lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan
sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita
yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam
bergerak.
6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini.
Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja
lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit
untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan
ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit
tinggi.
7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata
masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi,
“Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata
kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt.
Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang
ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti
hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.
8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak
berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan
muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan
berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka
kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak
yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi
terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang
menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan
zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh
betis.
9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang
lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai
yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak
lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan
bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi
kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek,
merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan
untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam
dan sebagainya.
10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai.
Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai
baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai
bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka
ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya
sudah tidak diendahkan lagi.
No comments:
Post a Comment