Tuesday, February 23, 2010

MAJLIS KAHWIN DI KLEBANG-PART 1

Ni kire dah tengahari...matahari atas kepale,cuaca Alhamdullilah..rehat le dulu,beg2 belakang tu cenderahati yg akan diberi kepada tetamu yang hadir.
Upacara makan oleh saudara mara yg hadir seawal pukul 11 tengahari,ni makan anak beranak le dulu..tetamu belum sampe lagi.
Meja santapan pengantin......
Ini cenderahati pada hari pernikahan....
Wafiy dengan sepupu2nya ,nampak dah letih deme ni...relax le dulu bawah pokok yg tak cukup daun ni....
Bapa mertuaku dengan abang ipo aku berteduh dipohon yg daunnya dah keguguran akibat dari kemarau,jadi le....kat sini ade angin juge,jangan naik angin dah.........
Biras aku, Cikgu Saiyah yg sentiasa cool aje dengan anak sulungnya...lepas ni kenduri kawin ayong le pulak kot..jangan mare ye....
Bergambo dengan anak buah,mak sedara deme dan pupu2 deme..kan selalu dapat pun berkumpul cam ni...
Dari kiri mak mertua aku,mak pengantin,kak ipo aku[kak chik],kak ipo aku{akak}aku dan mak sedara , mak su,belum sampe tetamu lagi ni tapi dah penat beno nampaknya.
Jamuan anak beranak adalah yang utama sekali,ape2 pun kite makan dulu ....nanti lapo nunggunya.

Thursday, February 18, 2010

MAJLIS PERNIKAHAN ANAK SAUDARA......

Zikri menyarung cincin pernikahan kat jari Elham,sabtu ni majlis menyambut kat U10 Shah Alam,esok kami akan kesana...gambo majlis kenduri akan dipost kendian ye.
Ni pengantin dengan sepupu2 perempuannya...semuanya belajo le lagi.
Gambar selepas majlis pernikahan,ade yang tak sampai lagi sebenonya,hari tu 14 haribulan jalanraya memang 'jam' giler punye...kak chik dan acu tak sampe,deme sampe pun dah tengah malam....tak dapat le begambo.... sepupu yg tak sampe tu ramai yg kecik2 je lagi.
Numpang gembira dihari pernikahan,Elham anak sulung, cucu pertama dan anak saudara yang pertama berkahwin,moga rumahtangganya dalam keredhoan Allah selalu.
Semoga berbahagia ke akhir hayat serta dilimpahi dengan kerahmatan Allah,jadilah isteri dan suami yang soleh dan sholehah.
Elham nunggu kat bilik pengantin,serba putih .
Akad nikah bermula,juru nikah ni orang mude,khutbah dia pun tak meleret dan spontan jer tapi power..sape yang makan cili memang le terasa pedasnya..dua kali akad..cool aje nampak tapi nengok muka pucat weh...
Rombongan dari pihak lelaki,dari Shah Alam.
Ini hantaran dari lelaki,bekenan beno tengok jambangan bunga tu,ia sejenis puding lapis,tak kira le berape banyak dianto bebelas kot....
Barang hantaran dari pihak perempuan...warna coklat dan kuning jadi pilihan untuk majlis ini.

Tuesday, February 9, 2010

11 JENIS MANUSIA DI DOA MALAIKAT

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Tuesday, January 26, 2010

MENGGIGIL DI PANGGIL GURU BESO......

Assalammualaikum,syukur kehadrat illahi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku menulis di sini kembali.Agak lama tak mengomel di ruangan ini,banyak masa dihabiskan dengan program2 parti dan urusan rumahtangga.Berkejar dengan masa,yang dirasakan terlalu pantas dan kekadang tak berdaya untuk melakukan tugas2 yang semakin banyak lagi mencabar ini.Namun disebabkan ingatan pada Allah sentiasa bersama,perasaan itu dicampakkan jauh2 semoga diri ini akan tetap beristiqamah dengan tugas2 yang dipertanggungjawabkan.

Aku ingin kembali menyambung aktiviti2 yang aku lakukan semasa berada di alam sekolah menengah,entri hari tu tak habis nak cerita lagi.Sewaktu di tingkatan 4 dan 5 aku banyak mengikuti kelab2 dan persatuan agama islam.Minat aku bertambah dengan dorongan ustaz aku yang sentiasa memberi peluang dan galakan untuk aku cenderung dalam persatuan serta aktiviti2 agama yang dianjurkan di sekolah.

Aku juga dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Puteri Islam dan Setiausaha Persatuan Agama Islam selama 2 tahun itu.Banyak program yang aku aturkan sepanjang aku menjawat jawatan itu,baik didalam sekolah atau program yang dianjurkan di sekolah lain aku akan mengikutinya.

Aku ingin menceritakan kisah aku semasa pimpinan Persatuan Pelajar Islam Perak (PPIP) datang menjenguk aku dan Persatuan aku kat sekolah.Mereka datang bertiga,aku tak ingat pun name mereka,semuanya adalah pimpinan tertinggi ,mereka menetap di bandaraya Ipoh,aku mengenali mereka pun disebabkan aku selalu hadir keprogram yang mereka anjurkan.Ini bukan persatuan haram ye....surat2 yang mereka hantar pun akan terus kepada guru persatuan dan guru itu akan memberitahu kat ketua dan aku program yang akan diadakan.

Seingat aku pada suatu hari tu,waktu nak tengahari dah ,mereka datang dan menemui ustaz menyatakan untuk bertemu dengan pimpinan persatuan dan ahli2 nya,aku diarahkan mengumpul mereka disurau,waktu tu pun dah habis kelas,jadi dapat lah aku mengumpul beberape orang ahli2 persatuan yang waktu tu pun pelajar2 ni bukan minat sangat dengan persatuan agama islam,mereka lebih gemo dengan persatuan budaya,bahasa atau uniform yang lain.

Aku tak berapa ingat le sangat ape yang diperkatakan ,cuma sekadar menasihati dan saling ingat mengingati sesama islam,dan menyuruh membuat program untuk pelajar islam dan sebagai motivasi diri aje.Selesai le bab itu dan kami bersurai le...dah deme balik aku dan pengerusi Persatuan Agama Islam ,namenya Ridhuan rasenya,bapaknya aku lupe name,dipanggil oleh ketua pelajar Mazlan,katanye aku buat perjumpaan haram dan guru besar dah dimaklumkan dengan perjumpaan itu.

Waktu tu aku pun tercenggang2 le,yang si Ridhuan tu menyalahkan aku pulak.dia cube nak melepaskan kesalahannya ke atas aku,kata Mazlan esok diperhimpunan pagi aku akan dipanggil oleh guru besar.Hati aku dah tak keruan,ape salah aku,dan sepanjang hari itu aku tak senang le,gelisah ade,takut,malu dan semua perasaan yang bersalah dah terlekat kat diri aku ni.Si Ridhuan ni boleh buat bodoh aje...sampe kini aku ingat ko tau..tapi tak pe le semua yang berlaku menjadikan aku lebih tabah,kuat dalam meniti perjuangan yang aku lalui ini.

Pagi esoknya hati aku berdebar2,gementar dan sarat dengan perasaan takut,aku cube kuatkan semangat,memujuk hati,tiada lagi kawan yang ingin menangis bersama waktu kita melalui keadaan sukar.Cuma aku ucapkan terimakasih sangat kat sahabat aku ni,Zaleha name dia dekat same dengan name aku juge,anak saudara guru besar,sentiasa memberi kate2 semangat yang menyakinkan aku.Aku dapat tahu Zaleha kawin dengan member sekelas juge,korang bercinta waktu sekolah yek...pandai simpan rahsia.Semoga berbahagia le.

Pada pagi perhimpunan itu,apabila dah selesai,nyanyi lagu kebangsaannya,lagu sekolah,lagu negeri dan ntah ape ke lagunya,ucapan dah pengumumman dah dan akhirnya tentang perjumpaan semalam itu pun dikumandangan di atas pentas.Semua name yang datang dalam perjumpaan itu pun dipanggil,aku pun keluar le ,buat muke bodoh aje le walau malu,tak pernah weh aku kene panggail kat perhimpunan,kira sejarah untuk dikenang sampai keanak cucu..kalau panjang umur.

Bila guru besar tanya,kawan2 yang datang program tu semua menuding jari kat aku,deme kate aku yang ajak le,deme tak tau program ape le dan banyak le alasan deme,yang sorang tu boleh nangis lagi...cis..kome ni memang tak leh buat kawan punye le.Si Ridhuan tu boleh ponteng hari tu tak datang sekolah,punye le mangkuk betul le dia ni.Aku le kene soal siasat hari tu,bla..bla le guru besar tu...tapi idak le sampai marah dengan menengking atau kene rotan,sekadar menasihati aje.

Kira2 muke aku popular le,masuk aje kelas semuannya menyibuk nak tau,ape guru besar buat le,tanye itu ini le,menyampahnya aku...tapi tak pe aku buat muke selambe aje,tak jadi kudis dan bekas pun bagi aku semua tu.Aku tetap dengan kerja dan tugas aku,member bertambah ramai terutama kawan berbangsa India.aje nya deme gemo beno kawan dengan aku...riso juge,nampak aje muke aku,ade aje deme nak tanye...tanye tentang pelajaran le...terutama Bahasa Melayu dan Sastera.Aku pun memang handal dalam Sastera ni,markah mesti penuh aje...tapi tak dapat juge jadi sasterawan.....

Semua yang aku kutip dulu tu,kini menjadi kekuatan untuk aku berada dalam perjuangan yang aku pilih ini.Politik yang aku ceburi kini menjadi landasan untuk aku lebih beriltizam,beristiqamah dalam meniti hari2 yang penuh suka dan duka.Aku gembira dengan kerja2 aku kini,aku puas dan aku sentiasa berdoa moga kekuatan ini akan terus berada bersama aku.

Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat pimpinan PPIP dulu,kini mereka banyak bergiat dengan politik dan antara mereka dah jadi yang hebat pun,aku kenal mereka tapi mereka mungkin tak kenal aku.Tanpa dorongan dan nasihat dari kamu sekalian mungkin aku tidak berada dilandasan ini,aku bangga menjadi pejuang agama,semua itu menjadi aku bertambah seronok dengan kerja2 yang aku lakukan,tanpa mengharap ganjaran atau pujian ,cukuplah sekadar mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Wassalam.Jumpa Lagi.

Tuesday, January 19, 2010

API NERAKA PADAM DISIRAMI AIR MATA.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tuesday, January 5, 2010

SANTAI-SANTAI DI LUMUT- SIRI 2

Kapal menuju ke pelabuhan.......pon....pon

Replika ape ni ye.....aku pun tak pasti.....cawan gergasi kot.

Ni macam gading gajah je,kalu nak berlakon cete hindustan okey gak tempat ni....

Jeti tempat feri ambil penumpang yang nak pegi bercuti kat Pulau Pangkor.....Dah lame tak pi sane...lain kali le jalan2 ke pulau lak.Bajet tahun ni tak cukup,sampe kat Lumut je....jadi le.
Nak sampe pekan Lumut kita jumpe le replika siput beso ni.....siput sedut ni kan?Buat masak cili api sodap......

Ni mercu tanda gaknya.....tak sempat nak tahu salasilahnya,nak tau pi le sendiri ya.....

Jam beso ni,kalau tak nampak gak tak tau le...

Yang ni aku paling suke,rupe ikan talang pun ade,tenggiri pun ade...tak kisah le tapi memang beso kalu jatuh atas kite....parah juge le..

Belakang tu pertemuan dua kapal,yang feri nak pegi Pulau Pangkor dan yang kapal dagangan tu nak pi berlabuh kat pelabuhannya.

Balik tu sempat makan malam kat Teluk Intan,parking kete depan menara ni...malam2 cantik menara ni,lampunya tuko2 kale lagi....hijau,merah ,biru dan sebagainya.Jumpa lagi ye,,,tempat lain lak kite pegi nanti.Kat Perak ni pun tak abih nak pegi lagi....Cuti-cuti Malaysia ...

Sunday, January 3, 2010

RONDA-RONDA KE TELUK BATIK DAN LUMUT... SIRI 1.

Lama juge le tak pi Lumut,dulu masa kakak aku dok kat kem tentera tu,rajin juge le kami pi ronda2.....mari le tengok tempat2 yag menarik yang anda boleh bawak keluarga pi santai2....


Tengok gerbang2 ni memang menarik,macam2 jenis siput dilekatkan ,kreatifkan......


Harith memang lain sikit cita rasenya,sanggup naik jeti yg agak reput ni,nak merase katenya.....

Salah satu tempat tumpuan kat Teluk Batik ni,Muzium Siput...tutup le pulak hari tu.

Besokan ketam dan siput ni,kat tepi pelabuhan tu je.....


Melihat keajaiban kejadian Allah yang teramat indah dan mengasyikan, ....SUBHANAALLAH...


Tenang dan indah lautan yang terbentang,warna airnya cukup menenangkan jiwa dan mententeramkan fikiran.

Indahnya suasana ini apabila matahari hampir membenamkan diri.............

Sampai je dah lapo ye,ape2 pun kita makan dulu...ni bukan makan tengahari tapi makan petang .....wafiy tu tak sabo nak mandi sesangat.....

Tengok le seronok beno dia,yg lain tak nak mandi pun.........sorang pun jadi le....ombak tak berape kuat sangat...kan tau berenang pun tu.....

Friday, January 1, 2010

SAIDATINA FATIMAH - PENGHULU WANITA SYURGA



Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita.

Thursday, December 17, 2009

KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA RAKAN2

Dah kenyang makan Kak Ika dengan Kak Nor senyum manjang le......

Zurina memang kaki makan dan kaki pedas,tambah lak makan untuk 2 orang sekali....mmm sedap ni...mai le.

Sempat posing dalam apartment Villa Dahlia ni,penginapan okey,cuaca agak sejuk...musim hujan,tak pi pun jalan2 tentatif khursus padat lagipun kami naik bas je...teruknya bas dari Tapah ke Tanah Rata ...macam nak roboh je...

Sampai pejam mata Kak Salmah makan...sedap beno le tu atau dah lapo beno,Kak Maziah begitu kyusyuk sekali menjamu selera...ingatkan Abang Usop le tu....

Sekali-sekali makan guna sudu le....kot nanti ada jamuan kat hotel2 beso...kena practice le dulu.

Ini le Kak Ana ,keluarga angkat aku kat Changkat Larang tu, masa dulu aku dan keluarga Kak Ana naik ke Cameron ni dalam tahun 1990 ,masa aku dan Kak Ana belum kawin lagi,jadi ini dah hampir 20 tahun baru aku dapat merasa ke Cameron semula ,kan ape tak lalu nak naik keatas ni,asyik pening dan muntah je....gambo2 lame tu masih aku simpan hingga kini......

Thursday, December 3, 2009

MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN.

Aku sedang mententeramkan mangsa yang terkejut setelah ape yang berlaku,plus ronda sampai 5 minit kemudian.....Beliau menceritakan ape yang terjadi dan agak emosi sikit waktu tu mungkin terkejut.

Keadaan jalan yang basah dan hujan ,menyebabkan jalan licin jadi berhati2 memandu di musim tengkujuh ini......

Suami aku sedang mengeluarkan barang berharga dari kenderaan wanita ini.Lupe lak nak tanye name.....

Kejadian diatas telah terjadi pada waktu aku dan suami mengambil anak dari Kuala Kangsar,apabila keluar sahaja dari tol KK ,lebih kurang 5 atau 6 kilometer kami terserempak dengan insiden diatas. Aku menyuruh suami ku memberhentikan kereta,waktu itu hujan turun dengan renyai2 dan menyebabkan tiada kenderaan yang berhenti walau mangsa telah mengangkat tangan untuk meminta bantuan.

Kenderaan yang dipandu wanita yg bertudung biru bersama rakannya mengalami masalah yang mereka sendiri tak menduga.Katanya pada aku, dia memandu dalam sekitar 80 atau 90 meter sejam aje,tiba2 keretanya hampir melanggar benteng tengah lebuhraya,bila dipotong oleh sebuah kenderaan.Beliau terus ketepi untuk mengelak dilanggar kenderaan lain dan keretanya berpusing dan terus masuk ke dalam longkang.

Walaubagaimana pun kami bersyukur kerana mereka tidak mengalami apa2 kecederaan,dimaklumkan mereka dari Pengkalan Hulu dan hendak pulang ke rumah di Ipoh.