Thursday, March 27, 2014

~~~ SAYANGI MEREKA~~~


Ibu,mak,ummi,mummy atau apa saja panggilan...
Kau umpama permata ....tiada bandingnya...
tiada ganti di dunia ini

Kehadiran kita di alam ini di nanti
penuh dengan kegembiraan dan ada kalanya
kerisauan menyelimuti diri...

Namun semua itu dipendam
teruja dengan kehadiran amanah Allah ini
saat-saat kegetiran dilupai terus....

Kehadiran yang dinanti kini muncul
bibit-bibit indah kini telah terbit
Lahirnya anak penyeri hidupnya...

Kini kita merasai sendiri..
ALLAH maha besar...
Ibu telah pergi selamanya..
tinggal kenangan yang terindah bersamanya

Kini doa dipanjatkan...
setiap hari bibir ini merindui mu...
tubuh ini merindui sentuhanmu
telinga ini mencari-cari nasihatmu..
tiada lagi dapat aku dakap
kelembutan mu tidak dapat kurasai lagi..
namun doaku sentiasa bersamamu...

Wednesday, July 24, 2013

AWAL RAMADHAN BERSAMA KELUARGA.....

Memang meriah dapat berbuka dengan family...lagi ramai lagi  lah gempak dan kecoh suasana ramadhan tahun ni...

Tahun ni nampaknya awal lagi dah berkumpul untuk berbuka puasa..3 ramadhan dapat juga semua berkumpul di bidor untuk bersama2 berbuka...

Kebetulan nana akan ke Australia maka dapatlah bersama2 berbuka puasa pada awal ramadhan...



Ni antara juadah2 yang sempat disediakan,ada juge yang dibeli...almaklum dah rame...terpaksa le buat 2 tempat...yg rase2 nak bangun lambat tu kena dok di  bawah le....

Mee rebus tu dari air tangan mak long...sedap tapi dapat rase sikit je...chicken chop dari acik...cukup2 je pun dibuatnye....hehehhe

Apa2 pun alhamdullilah ke atas rezki yang ALLAH berikan kepada kita,sentiasalah bersyukur atas nikmatnya...ingatlah pada mereka yang kelaparan dan tidak dapat menikmati makanan  seperti yang kita makan....


Tuesday, July 23, 2013

SAHABAT2 TERSAYANG....

Zaleha,aku,Norliza,Maznah dan Norazlina...kawan sekolah menengah ulu kinta...ikatan ukhwah antara kami makin kukuh dan kuat...moga kita terus bersahabat.....


Tiada apa yang paling menggembirakan dalam hidup antaranya dapat bersama dengan kawan2 yang dah 20 tahun tidak bersama dan bersua serta mengingati kisah2 di zaman sekolah dulu....

Kenangan ini pasti akan diingati sampai bila2,bukan senang nak dapat berjumpa begini,masing2 ada komitmen sendiri....apa2 pun kenangan tahun lepas ni memang indah...berbunga2 hati kami bila besama....



 Insyaallah...ikatan persahabatan kami ini akan kekal ke akhir hayat....ruang2 masa yang ada akan disulami dengan kasih sayang yang berpanjangan....



 Banyak yang ingin dikongsikan bersama,terlalu banyak memori yang di simpan namun tak sempat jua untuk diluahkan.keadaan masa mungkin belum mencukupi lagi...masih ada waktu untuk kita bersama lagi nanti...





Sunday, July 21, 2013

~~~GAMITAN RAMADHAN 2~~~

Menyambung kembali kisah yang lalu....

Senjata yang aku bawak tu adalah batu2 kecil sebagai perisai untuk menakutkan anjing2 yang banyak sepanjang perjalanan aku menuju ke sekolah.

Almaklumlah aku terpaksa menyusuri sungai dan melalui rumah2 orang2 berbangsa india dan cina yang mana mereka ada membela anjing,ada yang dikurung ada juga yang dilepaskan begitu saja.Anjing2 liar juga banyak berkeliaran ,jadi sebagai persediaan aku membawa batu2 kecil untuk menakutkan anjing2 tersebut.

Perjalanan dari rumah ke sekolah tidaklah jauh pun tapi keadaan diwaktu itu memanglah berlainan sekali,perasaan takut jauh sekali.

Walaupun tidak bernasib baik seperti kanak2 yang lain,aku tetap melaui ibadah puasa dengan baik,arwah mak akan melenting jika ada antara anak2nya tidak berpuasa.Letih dah lesu,berjalan kaki pergi dan balik sekolah tidak pernah membuat aku ponteng puasa.

Satu tabiat aku,bila balik dari sekolah,,hantar beg terus bukak baju sekolah dan terjun dalam sungai hinggalah pukul 2 lebih barulah selesai berendamnya.Pukul 3 kena ke sekolah agama pulak,walau senakai mane pun namun mengaji tak pernah lupa,sekolah amat jarang aku ponteng walau demam,banjir sekalipun.







 Aku dulu idak le se comel gambo ni....hehehe

Pergi ke kelas agama pun terpaksa berjalan kaki,kalau bernasib  baik mak ada kat rumah boleh le guna basikal mak.Naik basikal pun terpaksa bawak berdiri je sebab tempat duduk tak sampai....hehehhe...

Di sekolah agama juga banyak kenangan terindah yang sukar aku lupakan....sekali sekala balik ke kampong memang aku tunjukkan kepada anak2 sekolah tempat aku belajar..menceritakan kisah2 susahnya kehidupan aku dan keluarga dulu....semua tempat2 itu masih ada dan kukuh lagi....indahnya semua itu...kenangan2 yang tidak akan aku lupakan....

Friday, July 19, 2013

KISAH RAMADHAN 1......

Bila dok sorang2 ni mule le teringat kisah zaman budak2 dulu waktu di bulan Ramadhan...banyaknya kisah suka dan duka di zaman tu....dah 30 tahun berlalu namun kenangan itu tak pernah padam dari kotak fikiran aku...

Bayangkanlah...mak gerak bersahur pukul 3 hingga 4 pagi ...diwaktu tu memang tengah 'tido mati' le pun..dok di kampung,suasana sunyi sepi hanya bunyi cengkerik yg menyanyi2 di luar rumah...

Selepas bersahur sambung balik tido sampe le ke waktu subuh..mandinye pulak kena ke sungai yg terletak dibelakang rumah...tak payah pakai lampu suluh pun,dah tau jalannye...kiri kanan dah tentu semak samunnye...idak pulak rase takut atau ada perasaan yang mencurigakan...


 Sungai Kinta dulu...ayonye amat jernih dan tiada pencemaran...gambo dgn sahabat baik masa form 1 atau 2...x ingat dah.....

Ayo sungei dah tentunye sejuk hingga ke tulang..ngetor weh...yg paling aku nak gelak tu apabile teringat bawak gebor sekali ke sungei ,almaklum sejuk macam kat negeri org putih....heehhehe

Matahari idak nampak lagi,aku dah siap nak ke sekolah,hari masih gelap,pegi sekolah pun terpaksa melalui sungai jugak...nak dekat dan cepat sampe....bukan aje terpaksa harungi ayo sungai yg kadang2 laju tapi terpaksa juga membawa batu2 kecil dari sungai untuk menjadi senjata...agak2nya senjata untuk apa yek??

tunggu je sambungannya nanti.....kasi gempak sikit....

Thursday, July 18, 2013

~~~TITIPAN KASIH BUAT MAK~~~


Sudah hampir 11 tahun mak tersayang mengadap Illahi...waktu2 Ramadhan beginilah begitu terasa benar akan ketiadaan mak..

Tiada dapat lagi merasa air tangan mak untuk berbuka dan bersahur...sayu hati ini begitu terasa bila hendak balik kampong untuk berbuka bersama,sehari sebelum balik akan telefon mak dulu. Balik je mak sudah sediakan menu2 yang anak2 gemari,tak cukup lagi mak akan ke bazar Ramadhan untuk menambah juadah bagi meraikan anak2...

Bersahur mak akan bangun seawal 3 pagi untuk menyediakan juadah,semuanya masih panas....subahanaallah....begitulah sucinya hati mak demi anak2....tidak dapat aku balas semua itu kerna mak pergi terlalu awal.....

Hanya setiap  waktu solatku,aku berdoa moga ibu dan abah tersayang dalam rahmat ALLAH,berada bersama orang2 yg sholeh....hanya doa yg mampu aku berikan kini dan ingatan kepada mereka tetap berada dalam diriku selamanya...

Hargailah ibu dan ayah anda....semasa hidup jagalah dan selalulah bertanya khabar tentang mereka,sesungguhnya tiada pengganti yg lain dapat mengganti tempat mereka...kasih sayang mereka akan tetap subur dalam ingatan anak2.....

Wednesday, July 17, 2013

~~~~ RAMADHAN ~~~~~

Seminggu Ramadhan berlalu....
Bertambahkah amal kita??
Moga kita menambah amal,mengejar pahala besar...
Tiada bulan semulia Ramadhan
Besarnya ganjaran di bulan ini...

Hiasi diri kita dengan amal..
Usia kian menginjak tua
Apa lagi yang hendak di tunggu...
Jangan berkira di bulan ini
Sedekah jariah kita hebatkan lagi
mengingati mereka yang susah serta yang tiada kemampuan

Indahnya Ramadhan jika dihayati
Namun ramai insan masih leka
Ramadhan sama dengan bulan yang lain
Tiada perubahan tiada peningkatan....
Masih ada berbaki lagi..
Teruskan mengejar nikmat Ramadhan
Gandakan usaha mencari pahala....

Friday, November 23, 2012

JOM BOIKOT.....

SELAIN BERDOA UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT2 PALESTIN HANYA INI YANG MAMPU KITA BUAT UNTUK TERUS MENJAHANAMKAN EKONOMI ISRAEL LAKNATULLLAH....

Tuesday, October 9, 2012

~~~ JAGALAH AURAT ~~~



1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

2. Membuka bahagian tangan
Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata, “Tak mengapa jika memakai baju lengan pendek. Kamu masih pakai tudung.” Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi, “Tidak mengapa kan..?”

3. Membuka leher dan dada
Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik, “Tak mengapa kan membuka lengan. Sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada. Baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas. Orang pasti berkata biasa saja.” Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

4. Berpakaian tetapi bertelanjang
Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik, “Baju kamu itu dah biasa dah ramai orang yang pakai. Sekarang ini ada fesyen baru lagi. Baju ini tipis dan ketat saja. Boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu. Tidak mengapa, sebab potongan baju ini masih panjang.” Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

5. Membuka sedikit
Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik, “Susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini. Bergerak pun terasa terbatasi. Apa kata kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut. Nanti lebih senang kamu untuk duduk. Tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa.” Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak.

6. Membuka telapak kaki dan tumit
Syaitan berbisik lagi, “Sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian begini. Kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut. Kamu potong saja lagi hingga di atas tumit. Kamu pendekkan kain ini sehingga atas tumit untuk memudahkan kamu berjalan.” Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

7. Membuka separuh betis
Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi, “Fesyen kamu ni masih biasa saja. Orang macam tak kisahkan. Apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol. Di pasaran banyak kain skirt. Tak perlu beli yang sangat pendek. Yang separuh betis saja.” Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

8. Membuka seluruh betis
Wanita ada terfikir, “Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu?” Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata, “Ahh!! Tidak.. Sekarang zaman dah berubah. Dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka. Yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit. Di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis. Kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman.” Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

9. Serba mini
Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut, “Pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja. Kamu perlu pakai skirt mini. Kamu akan nampak lebih seksi dan menawan.” Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

10. Hampir semua terbuka
Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik, “Pakailah kamu bikini.. Semua orang di sana pakai baju itu. Kamu tak perlu malu.” Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebahagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

Sunday, June 24, 2012

MEMORI INDAH ITU

Gambar2 ini menjadi saksi sebuah persahabatan yang tiada batasan.....walau berpisah lama namun ia kembali bertaut....aku kumpulkan di sini foto2 lama ini supaya ia menjadi satu simbolik sebuah persahabatan..moga ianya menjadi kenangan indah buat semua sahabat ku.....Hanya ini yg mampu aku lakarkan buat tatapan kalian semua,anggaplah ia satu tugasan ku dalam menjadikan kenangan itu tercalit satu garisan yang tidak boleh dipisahkan  



 20 tahun lebih yang lalu mereka2 ini yang menjadi sahabat dan kekadang juga menjadi kawan untuk bertengkar.....





Monday, June 18, 2012

Friday, March 30, 2012

~~~~ SEJARAH HARI-HARI TERTENTU~~~~


Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

Thursday, February 16, 2012

INDAHNYA PERTEMUAN INI.....SMRUK 84-86

Tanggal 28.01.2012 mencatat sejarah baru dalam kehidupan ku ....hari dinanti tiba petang itu,perasaan gementar serta gembira menyelubungi aku.Siapa pun tidak menyangka hampir 28 tahun berpisah kini aku dapat bersua kembali dengan sahabat2 yang bersama melalui zaman persekolahan dulu.

Teruja sungguh hati dengan majlis yang indah penuh nostalgia itu,sesiapa pun tentu tidak menjangka akan hari2 indah itu akan menjelang.Begitu lah detik2 bersejarah yang akan aku kenang dalam lipatan kehidupan ku nanti.

Gambar2 di sini cukup untuk mengambarkan keindahan perjumpaan yang menggamit memori indah....apa2 pun perasan terharu di atas keperihatinan para sahabat untuk menjalin semula ikatan persahabatan yang sudah lama luntur dalam kehidupan kita.

Moga persahabatan kita akan terus kekal dengan keizinan Allah.....


Antara yang dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.....semuanya dah jadi mak ayah belaka,tak lama lagi ada yang jadi opah dan atuk...jika diizinkan Allah.
Sahabat2 yang dapat disayangi lagi dirindui...kini bersua jua kita...

Masing2 dah berubah,namun ada yg masih maintain macam zaman sekolah juga...

Banyak yang ingin di bualkan...salim,khairiri,fauzi dan malek....

Macam nak buat kenduri kawin le pulak ya....berkhemah2...tahniah pada ajk2 program yang amat perihatin.

Rupe tak berapa berubah pun tapi badan masing2 sedang berlumba2 untuk maintain....

Tuesday, January 3, 2012

MENANGIS LAH..........

1. Menangis dapat meredakan tekanan jiwa.
2. Menangis merupakan perkara yang membezakan kita dengan mahluk Allah yang lain. Menangis tidak hanya lambang kepada kesedihan, namun untuk saat bahagia jua.
3. Bayi ternyata sudah menangis semenjak berada di alam rahim lagi.
4. Perempuan lebih banyak menangis daripada lelaki. Sebab itulah usia perempuan lebih panjang daripada lelaki. Hal ini disebabkan menangis dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh melalui cucuran air mata.
5. Menangis dapat memelihara kelembutan mata.
6. Satu kajian menyatakan, perempuan menangis sebanyak 3 hingga 5 kali dalam sebulan. 73% menangis disebabkan lelaki. Rata-ratanya merasa lega setelah menangis.
7. Perasaan sedih atau emosi yang terpendam dalam batin anda mudah menyebabkan anda menangis.
8. Mereka yang menangis dapat mengembalikan 5 kali ganda kewarasan dan kenormalan berbanding mereka yang tidak menangis.
9. Dan ketahuilah air mata yang menitis disetiap kelopak mata wanita adalah anugerah daripada Ilahi.

Jadi, tunggu apalagi. Menangislah sehingga anda mendapat kembali kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Bagi kaum Adam, jangan malu-malu untuk menangsi kerana tangisan tidak menandakan kurangnya sifat kelakian anda dan tidak pula merendahkan kemampuan anda.



Friday, December 30, 2011

Wednesday, December 28, 2011

BIJAKNYA SUAMI MENJAGA HATI ISTERI

Pada suatu hari seorang lelaki datang ke rumah Umar bin Khattab ra. hendak mengadu keburukan isterinya. Namun setiba di samping rumahnya, ia mendengar isteri Umar bin Khattab mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar kepada suaminya, sementara Umar tidak menjawab sepatah kata pun. Akhirnya orang itu berfikir, sebaiknya ia membatalkan saja niatnya.


Ketika orang itu hendak berbalik pulang, Umar baru saja keluar dari pintu rumahnya. Umar segera berteriak memanggil orang itu. Umar langsung berkata kepadanya, "Engkau datang kepadaku tentu hendak membawa satu berita penting!"


Orang itu lalu berkata terus terang , "Ya sahabat Umar bin Khattab, aku datang kepadamu hendak mengadu keburukkan isteriku terhadapku. Akan tetapi setelah aku mendengar kelancangan isterimu tadi terhadapmu, dan sikap diammu terhadap perbuatannya, aku jadi mengurungkan niatku untk melaporkan hal itu."


Mendengar perkataan yang jujur itu, Umar tersenyum kecil seraya berkata, "Wahai saudaraku, isteriku telah memasakkan makanan untukku. Dia juga telah mencuci pakaianku, mengurus urusan rumahku, dan mengasuh anak-anakku sehingga tiada hentinya. Maka apabila ia berbuat satu dua kesalahan, tidaklah layak kita mengenangnya, sedang kebaikan-kebaikannya kita lupakan. Ketahuilah, wahai saudaraku, antara kami dan dia hanya ada dua hari. Kalau kami tidak meninggalkannya dan terbebas dari perangainya, maka dia akan meninggalkan kami dan terbebas dari perangai kami pula."


Setelah mendengar penuturan yang amat bijak dan penuh hikmah itu, orang itu pergi meninggalkan Umar bin Khattab dengan hati gembira dan puas.


Pengajaran dari cerita di atas



Setiap lelaki di bekali dengan sikap kesabaran dan kematangan dalam menghadapi setiap situasi yang sukar. Lelaki lebih berjaya dalam membuat keputusan-keputusan untuk keluar dari masalah yang dihadapi. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang faham akan situasi isterinya dan tahu cara mengurus isterinya. Sebab itulah lelaki merupakan ketua keluarga. Suami perlu bersikap sabar apabila dimarahi dan dileter oleh isterinya, kerana suami yang sabar akan tingkah laku isterinya yang suka bercakap atau beleter, akan dihapuskan segala dosa-dosa masa lalunya. Hal ini berlaku kepada Nabi Allah Ilyas yang berdoa supaya dianugerahkan kepadanya isteri yang kuat beleter, kerana ia mengetahui inilah cara beliau menghapuskan dosa dan cara mudah untuk masuk kedalam syurga Allah.


Setiap suami kena bijak menghadapi isterinya, kadang-kadang isteri buat perangai atau marah tak tentu pasal mesti ada sebabnya, ada pepatah mengatakan bahawa wanita ini makhluk emosi dan angin tak tentu pasal. Jadi suami kena bijak menghadapinya, tindakan yang lebih baik adalah diam apabila mendengar isteri beleter atau sedang marah-marah, kerana isteri ini akan diam dan terasa perbuatannya itu salah dan dia akan segera memohon maaf kepada suaminya, waktu itulah kita kaunselingkan dia dengan nasihat-nasihat yang lembut dan kata-kata hati ke hati. Selalunya isteri lebih terbuka ketika mana ia minta maaf kepada suaminya atas perbuatannya.


Sering-seringlah menghargai diri isteri kita yang telah banyak mengorbankan masa dan tenaganya untuk suaminya, seperti memasak, membasuh pakaian, menjaga anak, mengemas rumah, mengurus rumah dan sebagainya. Cara penghargaannya ialah setiap kali gaji, bawa isteri pergi makan di mana-mana restoran yang berkongsepkan romentik, kalau cara ini tidak mampu, maka keluarkan kata-kata penghargaan kepada isteri disebabkan tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Selalunya suami payah untuk mengeluarkan kata-kata pujian dan penghargaan, kerana suami bersifat ego atau menganggap kata-kata tersebut sebagai buang masa. Hadiahkan isteri apa-apa barang yang berpatutan pada setiap saat-saat hari bahagianya seperti hari lahirnya, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.


Sebenarnya dari sudut psikologi isteri akan rasa lebih dihargai dan lebih disayangi ketika mana suami tahu menghargai dirinya. Malah setiap perkara yang kita suruh mesti akan dibuat oleh isteri kita dengan hati yang penuh taat dan tidak membantah.


Ada pepatah yang mengatakan bahawa wanita ini diibaratkan seperti kulit bawang yang sangat halus, kalau nak menanggalkan kulit bawang tersebut perlu berhati-hati dan lembut kerana kulitnya mudah terkoyak. Kesimpulan dari falsafah ini, wanita itu sangat lembut dan mudah terasa dan berfikiran sensetif setiap kali ia diabaikan.


Waktu yang paling bahaya ialah waktu ia dalam keadaan haid atau tidak suci, selalunya wanita ini seringkali berkeadaan tidak menentu emosinya, kadang-kadang tak pasal-pasal dimarahi oleh isteri. Jadi waktu sebegini suami kena faham dan kena bersikap berdiamkan diri, berdiamkan diri ini adalah lebih baik, atau keluar dari rumah. Waktu seperti ini kebiasaan wanita ia akan reda sendiri kemarahannya, dan dia sendiri tidak sedar akan kelakuannya.


Bagi suami janganlah terlalu garang dengan isteri dan terlalu kasar atau keras suara dengan isteri. Perbuatan ini akan menyebabkan isteri merasa dirinya tidak dihargai dan tidak berguna untuk suami dan paling bahaya apabila isteri mengatakan suaminya hanya baik ketika ingin bersama dengannya sahaja. Semua perbuatan ini akan menyebabkan kerenganggan dan keberantakan rumahtangga. Isteri takut menegur suami kerana takut dimarahi, suami pula anggap isteri tidak memberikan layanan yang sepatutnya. Kalau masakan isteri tawar atau terlebih garam, jangan terus melenting dan memarahi isteri. Gunakan cara yang hikmah untuk menegur isteri. Pernah ketika isteri Rasulullah menghidangkan kepadanya air yang tawar tanpa gula disebabkan isterinya terlupa masukkan gula dalam minuman Rasulullah. Apabila Baginda minum minuman tersebut sehingga berkedut kening Baginda, isterinya perasan disebabkan ternampak kening Rasulullah. Lantas isterinya bertanya, bagaimana rasa air tersebut, Baginda mengatakan ok sahaja, dan isterinya merasa sedikit air yang dibancuhnya dan tersenyum kerana airnya sangat tawar. Baginda tidak berkata apa-apa dan mendiamkan diri sahaja.


Setiap kali ada pertelingkahan, pergaduhan dan selisih faham, lebih baik suami yang dahulu memohon maaf atas kejadian tersebut dan menceritakan perkara yang sebenarnya tercetus pergaduhan tersebut. Kalau boleh cuba fahamkan isteri tentang situasi yang dihadapi oleh suami. Contoh situasi tersebut seperti dimarahi bos, banyak kerja yang belum siap, kesesakkan lalu lintas, bebanan hutang dan sebagainya. Kalau boleh peluk manja kepada isteri ada setiap sesi penjelasan dan memohon maaf, ini membantu untuk menurunkan kemarahan isteri dan membantu untuk memberikan kefahaman kepada isteri atas sebab-sebab berlakunya pertengkaran.


Yang penting di sini, setiap perkara yang dihadapi oleh suami, jadikanlah isteri itu sebagai teman bercerita dan meluahkan segala kepayahan yang dialami. Situasi seperti ini akan memberikan motivasi dan dorongan kepada suami untuk keluar dari masalah tersebut dengan disokong oleh isteri.


Jangan sesekali ada konsep seperti “isteri perlu diajar dengan secukupnya, pukul isteri, pulau isteri” ini semua akan mendatangkan masalah lagi dalam rumahtangga, ingatlah kepada anak-anak ketika timbul masalah rumahtangga, ia juga dapat menenangkan diri kita dan sekaligus menurunkan kemarahan kita. Islam sangat melarang suami memukul isteri dan menengking isteri, kecuali nasihat suami atas perkara-perkara yang wajib tidak dilakukan oleh isteri barulah boleh dimarahi dan seterusnya dipukul isteri tanpa mencederakan isteri. Sebab pukulan itu adalah untuk mengajar isteri bahawa perbuatannya itu adalah salah.


Penutup



Jadikan isteri sebagai teman yang paling rapat dan disayangi, jadilah isteri kita sebagai tempat penyejuk hati dan penunjuk jalan jika kita menghadapi kesukaran. Suami juga perlu bijak mengurus rumahtangganya, kerana suami yang bijak dapat mengurus rumahtangganya dengan baik. Suami yang bijak juga adalah suami yang mempunyai akhlak yang baik dan tidak melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah dan sentiasa melakukan perkara yang disuruh oleh Allah. Keluarga yang baik adalah keluarga mawardah warahmat dan menganggap rumahnya seperti rumahku syurgaku.

Monday, December 12, 2011

MAKANAN YANG MENJAGA PERUT






Al-Batn (perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram)


Nabi S.A.W ada bersabda;


“Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya”

Penggunaan kata an-nar (neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah.


Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik.


Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar.


“Pada suatu ketika, Abu Bakar telah diberi makanan oleh seseorang di Madinah dan beliau terus memakan makanan tersebut. Setelah itu, barulah Abu Bakar tersedar lalu terus menanyakan sumber makanan yang telah dimakannya tadi. Ternyata makanan itu tadi tidak jelas sumbernya itu. Kemudian, Abu Bakar tanpa ragu – ragu telah memuntahkan seluruh isi perutnya demi menjaga sumber makanannya agar jangan ada kepada yang syubhah menyentuh tubuhnya."


Oleh itu, kita pada hari ini perlulah menitikberatkan sumber pemakanan kita agar
jangan sampai termakan hatta yang syubhah sekalipun. Insyaallah.


MAKANAN – MAKANAN YANG PERNAH DIMAKAN NABI S.A.W


1- Daging (unta, sapi, kibas, kambing, ayam, kijang jantan, burung yg halal dimakan, ikan yg baik yg dikeringkan dengan sinar matahari atau dimasak bersama kuah atau tidak).


2- Kurma.


3- Roti yang direndam dalam kuah dengan beberapa potong daging.


4- cuka.


5- roti yang dibuat dari tepung barli atau gandum.


6- minyak zaitun, mentega.


7- keju.


8- labu, timun, tembikai.


9- madu.

10- Anggur, anggur kering(kismis)

Friday, November 11, 2011

YOGURT BOLEH UBATI STRES

Berdasarkan laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

Tuesday, November 8, 2011

BANYAKNYA KHASIAT TERUNG....



terung

Pada pandangan saya,
mungkin tidak ramai rakyat Malaysia yang gemar memakan terung. Hakikatnya, terung juga mempunyai banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Ia baik untuk menjaga kesihatan jantung dan berkemampuan menurunkan paras kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.

Melalui kajian saintifik yang dilakukan ke atas kulit terung itu sendiri mendapati bahawa warnanya merupakan sebatian kimia yang dikenali sebagai “nasunin” yang mempunyai aktiviti antioksida dan antiangiogenik.

Dalam bidang kajian kanser, agen antiangiogenisis dikatakan sebagai agen baru yang mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah. Semasa sel kanser membesar, ia memerlukan saluran darah yang baru untuk memberikan nutrien. Apabila saluran darah dihalang pembinaannya, sel kanser akan mati.

terung2

Selain itu, terung yang dikisar
dan diminum dikatakan dapat melawaskan kencing. Terung juga baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Bagi yang menjaga kecantikan muka, terung boleh dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka.

Kepelbagaian Jenis Terung

terong-asam

Terung Asam

terong-pipit

Terung Pipit

terong-satut

Terung Satut

terong-telunjuk

Terung Telunjuk

terong-pipit2

Gambar terung di atas saya tak pasti terung jenis apa.. Macam terung pipit juga cuma warna dan bentuknya ada beza sedikit.

Di Malaysia mungkin ada lagi pelbagai jenis terung selain dari di atas. Saya sendiri kurang maklumat yang saya ada mengenai jenis-jenis terung dan kegunaannya. Kebanyakkannya, hanya dijadikan dalam masakan sahaja.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai terung-terung ini atau lain-lein jenis terung boleh kongsikan di sini..

Terung Pipit

terung-pipit

Teringat sewaktu zaman bujang dahulu, rakan serumah gemar memasak terung pipit bersama dengan cili padi. Tidaklah sedap sangat…. nama pun orang bujang, yang mana asal boleh makan kira masuk mulut telan aje.. Sejak dari itu sehingga sekarang ( lebih kurang 7 tahun kot) saya tidak pernah lagi makan terung pipit. Izinkan saya memperkenalkan terung pipit ini pada anda.

Terung pipit juga dikenali sebagai terung belanda dan terung mangas. Ia dikenali sebagai Solanum torvum dan berada dalam famili Solanaceae. Buah mudanya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Di dalam buahnya terdapat banyak biji yang kecil. Ia merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Ada juga yang menanamnya secara kecil-kecilan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah mudanya juga boleh dibuat tumis dengan ikan bilis.

terung-pipit2

Pokok terung pipit adalah daripada jenis pokok renek yang tumbuh liar di kawasan terdedah. Terung pipit mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%.

Selain itu, akar terong pipit juga boleh digunakan untuk mengubati retak kulit pada kaki, mencuci darah dengan meminum air rebusannya, melegakan kesakitan, penawar racun ular dan serangga serta menjadi ubat yang berkesan untuk meredakan sakit perut.

Anda suka makan sambal terung?

terung

Anda suka makan sambal terung? Teruskan makan sayur kegemaran anda itu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.

Kajian di Jepun
menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.

Kecantikan Muka

terung

Semua wanita inginkan wajah dan kulit yang cantik. Pelbagai petua digunakan bagi menjaga kecantikan muka. Selain tomato dan timun, terung juga ada digunakan dalam menjaga kecantikan muka. Terung dikisar dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat dan memelihara kejernihan kulit muka. Bagi yang pernah mengamalkannya, bolehlah berkongsikan testimoni anda di sini..

Selain itu, ramai yang tidak tahu bahawa terung juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium. la baik untuk kesihatan jantung dan menurunkan paras kolesterol. Dalam bidang kajian kanser pula, agen ‘antiangiogenisis’ yang terdapat pada kulit terung dikatakan mampu mencegah sel kanser daripada membiak dengan menghentikan pembinaan saluran darah.