Friday, October 16, 2009

BERLARI KAT STADIUM PERAK

Assalammualaikum dan bersua kembali...............

Hari ni nak sambung kisah sekolah rendah aku,banyak sejarahnya lagi,hari tu kisah bermain bolajaring,ni nak cerita tentang sukan yang aku ceburi lagi iaitu olahraga.

Aku juga hebat dari olahraga ni,tak kira lah lari 100 meter,200 meter serta lari berganti-ganti semua aku masuk.Selalunya kami akan berlatih setiap pagi ,pusing padang banyak kali sampai rase nak pengsan pun ade.

Oleh itu beberapa orang dah dipilih untuk mewakili sekolah bertanding kat Ipoh,jangan main-main ye,lawan lari kat Stadium Perak kome.Itulah pertama kali aku dapat pegi stadium,merasa nengok dan duduk kat stadium,selama ni dengo cerite aje.Lagi bangga dapat lari kat trek.....rase macam ...tak tahu le nak digambarkan ketika itu.

Ape yang tak dapat aku lupe sampai kini,aku berlari 'kaki ayam',tanpa kasut,peserta lain semua kasut sukan yang hebat2,aku tak berkasut,masa nunggu pistol berbunyi meloncat2 aku atas trek tu.Keluarga susah waktu tu,kasut sekolah pun payah nak berganti,ni kan pulak nak beli kasut sukan.Bayangkan cuaca panas,berdiri kat trek tanpa kasut,trek tu batu warna merah.

Alhamdullilah ,dapat le juge aku nombor yang terbaik ,mungkin lari pantas,riso kaki melecup le pulak.Kini nak bersenam seminggu sekali pun dah malas...tu le orang kite.......tu yang penyakit pun datang tanpa dijemput.

No comments: