Saturday, September 10, 2011
KEHEBATAN MAKHLUK CIPTAAN ALLAH
Unta Membawa Tangki Air Di Belakangnya
Unta adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.
Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.
Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Unta...
Redha apabila disembelih...
Bermanfaat.
(^-^)y
Post a Comment