Assalammualaikum,syukur kehadrat illahi diberi kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk aku menulis di sini kembali.Agak lama tak mengomel di ruangan ini,banyak masa dihabiskan dengan program2 parti dan urusan rumahtangga.Berkejar dengan masa,yang dirasakan terlalu pantas dan kekadang tak berdaya untuk melakukan tugas2 yang semakin banyak lagi mencabar ini.Namun disebabkan ingatan pada Allah sentiasa bersama,perasaan itu dicampakkan jauh2 semoga diri ini akan tetap beristiqamah dengan tugas2 yang dipertanggungjawabkan.
Aku ingin kembali menyambung aktiviti2 yang aku lakukan semasa berada di alam sekolah menengah,entri hari tu tak habis nak cerita lagi.Sewaktu di tingkatan 4 dan 5 aku banyak mengikuti kelab2 dan persatuan agama islam.Minat aku bertambah dengan dorongan ustaz aku yang sentiasa memberi peluang dan galakan untuk aku cenderung dalam persatuan serta aktiviti2 agama yang dianjurkan di sekolah.
Aku juga dilantik sebagai Pengerusi Pergerakan Puteri Islam dan Setiausaha Persatuan Agama Islam selama 2 tahun itu.Banyak program yang aku aturkan sepanjang aku menjawat jawatan itu,baik didalam sekolah atau program yang dianjurkan di sekolah lain aku akan mengikutinya.
Aku ingin menceritakan kisah aku semasa pimpinan Persatuan Pelajar Islam Perak (PPIP) datang menjenguk aku dan Persatuan aku kat sekolah.Mereka datang bertiga,aku tak ingat pun name mereka,semuanya adalah pimpinan tertinggi ,mereka menetap di bandaraya Ipoh,aku mengenali mereka pun disebabkan aku selalu hadir keprogram yang mereka anjurkan.Ini bukan persatuan haram ye....surat2 yang mereka hantar pun akan terus kepada guru persatuan dan guru itu akan memberitahu kat ketua dan aku program yang akan diadakan.
Seingat aku pada suatu hari tu,waktu nak tengahari dah ,mereka datang dan menemui ustaz menyatakan untuk bertemu dengan pimpinan persatuan dan ahli2 nya,aku diarahkan mengumpul mereka disurau,waktu tu pun dah habis kelas,jadi dapat lah aku mengumpul beberape orang ahli2 persatuan yang waktu tu pun pelajar2 ni bukan minat sangat dengan persatuan agama islam,mereka lebih gemo dengan persatuan budaya,bahasa atau uniform yang lain.
Aku tak berapa ingat le sangat ape yang diperkatakan ,cuma sekadar menasihati dan saling ingat mengingati sesama islam,dan menyuruh membuat program untuk pelajar islam dan sebagai motivasi diri aje.Selesai le bab itu dan kami bersurai le...dah deme balik aku dan pengerusi Persatuan Agama Islam ,namenya Ridhuan rasenya,bapaknya aku lupe name,dipanggil oleh ketua pelajar Mazlan,katanye aku buat perjumpaan haram dan guru besar dah dimaklumkan dengan perjumpaan itu.
Waktu tu aku pun tercenggang2 le,yang si Ridhuan tu menyalahkan aku pulak.dia cube nak melepaskan kesalahannya ke atas aku,kata Mazlan esok diperhimpunan pagi aku akan dipanggil oleh guru besar.Hati aku dah tak keruan,ape salah aku,dan sepanjang hari itu aku tak senang le,gelisah ade,takut,malu dan semua perasaan yang bersalah dah terlekat kat diri aku ni.Si Ridhuan ni boleh buat bodoh aje...sampe kini aku ingat ko tau..tapi tak pe le semua yang berlaku menjadikan aku lebih tabah,kuat dalam meniti perjuangan yang aku lalui ini.
Pagi esoknya hati aku berdebar2,gementar dan sarat dengan perasaan takut,aku cube kuatkan semangat,memujuk hati,tiada lagi kawan yang ingin menangis bersama waktu kita melalui keadaan sukar.Cuma aku ucapkan terimakasih sangat kat sahabat aku ni,Zaleha name dia dekat same dengan name aku juge,anak saudara guru besar,sentiasa memberi kate2 semangat yang menyakinkan aku.Aku dapat tahu Zaleha kawin dengan member sekelas juge,korang bercinta waktu sekolah yek...pandai simpan rahsia.Semoga berbahagia le.
Pada pagi perhimpunan itu,apabila dah selesai,nyanyi lagu kebangsaannya,lagu sekolah,lagu negeri dan ntah ape ke lagunya,ucapan dah pengumumman dah dan akhirnya tentang perjumpaan semalam itu pun dikumandangan di atas pentas.Semua name yang datang dalam perjumpaan itu pun dipanggil,aku pun keluar le ,buat muke bodoh aje le walau malu,tak pernah weh aku kene panggail kat perhimpunan,kira sejarah untuk dikenang sampai keanak cucu..kalau panjang umur.
Bila guru besar tanya,kawan2 yang datang program tu semua menuding jari kat aku,deme kate aku yang ajak le,deme tak tau program ape le dan banyak le alasan deme,yang sorang tu boleh nangis lagi...cis..kome ni memang tak leh buat kawan punye le.Si Ridhuan tu boleh ponteng hari tu tak datang sekolah,punye le mangkuk betul le dia ni.Aku le kene soal siasat hari tu,bla..bla le guru besar tu...tapi idak le sampai marah dengan menengking atau kene rotan,sekadar menasihati aje.
Kira2 muke aku popular le,masuk aje kelas semuannya menyibuk nak tau,ape guru besar buat le,tanye itu ini le,menyampahnya aku...tapi tak pe aku buat muke selambe aje,tak jadi kudis dan bekas pun bagi aku semua tu.Aku tetap dengan kerja dan tugas aku,member bertambah ramai terutama kawan berbangsa India.aje nya deme gemo beno kawan dengan aku...riso juge,nampak aje muke aku,ade aje deme nak tanye...tanye tentang pelajaran le...terutama Bahasa Melayu dan Sastera.Aku pun memang handal dalam Sastera ni,markah mesti penuh aje...tapi tak dapat juge jadi sasterawan.....
Semua yang aku kutip dulu tu,kini menjadi kekuatan untuk aku berada dalam perjuangan yang aku pilih ini.Politik yang aku ceburi kini menjadi landasan untuk aku lebih beriltizam,beristiqamah dalam meniti hari2 yang penuh suka dan duka.Aku gembira dengan kerja2 aku kini,aku puas dan aku sentiasa berdoa moga kekuatan ini akan terus berada bersama aku.
Aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kat pimpinan PPIP dulu,kini mereka banyak bergiat dengan politik dan antara mereka dah jadi yang hebat pun,aku kenal mereka tapi mereka mungkin tak kenal aku.Tanpa dorongan dan nasihat dari kamu sekalian mungkin aku tidak berada dilandasan ini,aku bangga menjadi pejuang agama,semua itu menjadi aku bertambah seronok dengan kerja2 yang aku lakukan,tanpa mengharap ganjaran atau pujian ,cukuplah sekadar mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Wassalam.Jumpa Lagi.
Tuesday, January 26, 2010
Tuesday, January 19, 2010
API NERAKA PADAM DISIRAMI AIR MATA.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku." Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W" Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Tuesday, January 5, 2010
SANTAI-SANTAI DI LUMUT- SIRI 2
Sunday, January 3, 2010
RONDA-RONDA KE TELUK BATIK DAN LUMUT... SIRI 1.
Friday, January 1, 2010
SAIDATINA FATIMAH - PENGHULU WANITA SYURGA
| |
Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya. Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran. Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan. Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya. Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya. Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya. Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang cocok sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah. Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali dia 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu. "Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya. Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah. Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita. |
Thursday, December 17, 2009
KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND BERSAMA RAKAN2
Thursday, December 3, 2009
MEMBANTU MANGSA KEMALANGAN.
Kenderaan yang dipandu wanita yg bertudung biru bersama rakannya mengalami masalah yang mereka sendiri tak menduga.Katanya pada aku, dia memandu dalam sekitar 80 atau 90 meter sejam aje,tiba2 keretanya hampir melanggar benteng tengah lebuhraya,bila dipotong oleh sebuah kenderaan.Beliau terus ketepi untuk mengelak dilanggar kenderaan lain dan keretanya berpusing dan terus masuk ke dalam longkang.
Walaubagaimana pun kami bersyukur kerana mereka tidak mengalami apa2 kecederaan,dimaklumkan mereka dari Pengkalan Hulu dan hendak pulang ke rumah di Ipoh.
Tuesday, December 1, 2009
MENYERTAI PERTANDINGAN ......................
Assalammualaikum,bersua kembali setelah agak lama komputer dibaiki dan dinaiktarafkan lagi supaya lebih menjadi mantap dan lebih cepat untuk diupdate.Kerja-kerja pembaikan di buat di Kuala Lumpur oleh adik ipar yang memang mahir dalam IT dan mempunyai kedai komputer mereka sendiri.Jadi lebih menyenangkan dan mudah untuk mereka melihat ape jua kerosakan dan menambah ape yang kurang,sebulan juge le menungnya dan dua kali juge le terpaksa ke CC untuk membuke email yang dah banyak dihantar.
Aku sambunglah kembali kisah aku kat sekolah menengah ni,setelah aku dah tak berapa minat dalam sukan lagi,disebabkan beberape faktor,aku mencari minat lain pulak,aku banyak menghadiri program agama di sekolah,aku masuk persatuan agama,puteri islam dan yang bersangkutan dengan agama islam semuanya.Disebabkab itulah Ustaz telah melantik aku sebagai Setiausaha persatuan agama islam dan aku juge menjadi Pengerusi Puteri Islam di sekolah.
Alhamdullilah,dengan penyertaan aku itulah banyak program2 sekolah dan di luar sekolah aku turut serta,dan menjadi wakil sekolah di setiap ape jua program yang dianjurkan.Apabila telah ade jawatan sudah tentulah juge aku menjadi sasaran dalam pertandingan yang diadakan,jadi aku menyertai juge pertandingan pidato,bercerita sebagai wakil sekolah ketika itu.Ngetornya tak kire le,tak pernah aku naik pentas,bercakap depan orang ramai....ape lagi memang waktu tu rase nak nyorok je tapi Alhamdullilah le dengan dorongan ustaz dan rakan2 aku berjaye juge le bercakap walau tak le menang tangga teratas.
Semua itu menjadi satu lonjakan pada aku untuk terus berkecimpung dalam ape jua program agama,dan ia juga menjadi satu dorongan yang tak dapat aku ungkaikan dengan kata-kate.Memang indah waktu itu,dan sebagai ketua kite dapat mendidik diri kite menjadi seorang yang bertanggugjawab dan kite sentiasa akan menjadi perhatian orang lain.Jadi bile kite terasa diri kita diperlukan untuk berbakti,persiapkan diri,bersedia untuk merubah menjadi yang lebih baik,bukan untuk menonjol diri tapi membaiki diri untuk lebih berdisplin dan bertanggungjawab.
Ape jua yang berlaku ade hikmah disebaliknya,dan aku akan ceritekan satu kisah tragis yang berlaku di waktu aku tingkatan 5,jadi nantikan kisahnya.Jumpe le lagi......................

Tuesday, November 10, 2009
KOMPUTER AKU KAT ICU......
Assalammualaikum,dan bertemu kembali,agak lame menghilang disebabkan komputer telah masuk icu,jadi tak dapat untuk aku berkarya dan menyambung cerita2 yang dijanjikan dulu.Ini pun aku pergi CC ,disebabkan rindu aku pada blog2 aku yang dah lame tak posting tu,dan rindu aku kat bloggers2 PR ,dah lame tak bace cerita deme,yang dengo macam2 halnya.
Dalam seminggu dua ni banyak yang berlaku,nanti aku sambung le,kat cc ni tak berape selesa beno rasenya,sesuai dengan anak mude aje,kite ni lebih selesa kat rumah sambil buat kerja rumah,banyak dapat ilham untuk meluahkan perasaan dan menghilangkan tension.
Ape pun lain kali le aku sambung.....jumpe le lagi.
Wassalam

Friday, October 30, 2009
ALAM REMAJA
Assalammualaikum bertemu kembali di hari jumaat,penghulu segala hari.Agak lama dah tak berposting ni,bukan ape terlalu banyak hal2 yang penting untuk di selesaikan dulu.Nampaknya cuaca pagi ni begitu indah,matahari dah mula menyinari alam,mungkin cuaca pagi ini baik tapi tak tahulah sebelah petangnya.
Hari ini ingin aku sambung kembali kisah aku kat sekolah menengah,SMR Ulu Kinta adalah sekolah aku seterusnya,aku berada 5 tahun di sini,banyak kenangan manis dan pahit ingin aku kongsikan bersama.Zaman remaja kate orang zaman yang indah dan paling bahagia....ye ke....
Disini aku meneruskan minat aku dalam sukan,tapi tidaklah begitu aktif sangat disebabkan ramai pesaing2 yang hebat dan lebih baik lagi.Namun semua itu tak menghalang aku untuk terus mewakili sekolah dalam acara kegemaran aku iaitu bolajaring.Aku masih aktif bermain di seluruh Ipoh jika ada pertandingan yang dianjurkan.Untuk acara sukan aku dah tukar acara,aku minat dengan acara yang lebih lasak lagi.
Walaupun badan aku kecik,aku masuk acara lontar peluru,baling tukul besi dan baling lembing. Semua acara tu aku jadi johan,mengalahkan kawan2 yang berbadan besar.Lagi pun acara ni tak payah nak lari2 sangat,kita dah dewasa,mulalah ada rasa malu sikit,jadi bagi aku acara ni paling sesuai di peringkat umur aku.
Bila masuk aje tingkatan 3 aku mula dah fadeup dengan sukan2 ni,aku pun dah malas sangat nak ambik tahu tentang ape jua acara yang dianjurkan.Kali terakhir aku bertanding di Sekolah Convent Ipoh,lawan kami ni giant2 belaka ,takut tengok deme ni,punye le beso dan tingginya manusia,ye ke budak sekolah ni......Punye le kena belasah,abih tudung2 ditarik deme,kasonya jangan le cakap,main tolak dan hentak aje......macam nak tinju pun ade,pengadil tu buat bodoh aje...Main kaso bagi aku dah tak de lagi dalam diari hidup aku apabila dah naik sekolah menengah,kire nak ubah imej le...bior nampak manis dan baik sikit....
Apebile selesai semua tu aku dah tak sio lagi nak main,aku rasa dah tak sesuai dengan cita rase aku lagi.kini aku dah dapat ape yang aku nak,aku dah minat sangat kat benda ni......nak tau ape TUNGGU.......................................
Jumpe lagi........Wassalam.

Tuesday, October 20, 2009
SEKOLAH MENENGAH LE PULAK...........
Syukur Alhamdullilah bersua kembali setelah dua tiga hari ini sibuk dengan jemputan dipenghujung syawal,lagi 'last minute' lagi hebat lah orang kite menjamu selera.Semalam juga kalau ikut haribulan masehi,bertambahlah lagi usia aku,aku dilahirkan pada tarikh semalam,pada tahun 1971,kira le sendiri......
Sepanjang meniti usia ini,kita sebenarnya banyak belajar dalam menempuh kehidupan yang ada suka,duka kekadang terlalu hiba dan sukar untuk dilupai.Nukilan yang lalu aku ceritakan tentang bagaimana mengalami zaman kanak2 yang banyak cabaran dan dugaan hidup.Bila menjangkau ke sekolah menengah atau mula mengorak langkah ke alam remaja tentulah berbeza pulak ceritanya.
Sekolah Menengah Rendah Ulu Kinta adalah sekolah aku yang seterusnya,bertandang disitu tentulah lagi banyak dugaan yang bakal aku lalui.Jarak dari rumah kesekolah memang jauh,lebih kurang 2 kilometer lebih.Aku kesekolah hanya menaiki basikal yang uzur dan dhaif,kalau kawan2 lain dapat basikal baru bila naik sekolah menengah ,aku tak merasainya pun dan tak kan dapat pun.......
Untuk kesekolah dengan lebih cepat selalu aku akan lalui jalan pintas iaitu melalui jalan lombong yang ketika itu masih beroperasi lagi,ikutkan dalammya lombong tu aku raselah,kalau kita cantumkan 4 atau 5 pokok kelapa yang tinggi tu ,macam tu le rasenya dalam lombong tu,namun masih ade juge yang membuat rumah di tepi2 lombong tu.Kini aku tak pasti pulak adakah dah ditutup lombong tu...........
Selalunya kalau kesekolah kami akan berkonvoi ,taklah rase letih sangat atau boring,itu pun kalau cuaca elok aje kami berani melalui jalan tu,kalau musim hujan selalu berlaku rebakan atau gelongsoran tanah,amat bahaya sekali.Namun kalau dah terlewat sangat kami akan redah juge,ikut jalan yang biasa memang jauh walau jalannya cantik dan elok.Itu pun tengok pade masa,kalau awal kami keluar maka kami akan jalan jauh sikit,tapi bile dah lewat bawak basikal amat le laju....merempit juge le ,takut kena denda lak..........
Walau apa pun keadaan waktu tu ,aku masih bersemangat untuk kesekolah,kekadang balik dari sekolah basikal mengalami kecederaan,maka sampai ke malam baru tiba kerumah.Bila bersekolah petang begitulah keadaannya,terpaksa sorong basikal sampai kerumah.Kalau rumah hanya ditepi2 jalan tak pe lah juge,ini nak sampai ke rumah punye le banyak hutan, kebun ,ladang yang ditempuh,kalau tak biasa memang le nangis sorang2.Bunyi pulak tu,jangan le di kira...kalau buat cerita seram...kira memang seram le....tapi idak pulak takut waktu tu....
Apa yang aku lalui dulu itulah yang aku cuba praktikkan kini,cuma berlainan keadaan ,masa dan waktu.Semua cabaran itu aku simpulkan ia menjadi satu kekuatan pada aku untuk meneruskan perjuangan aku dalam jemaah islam.Rasa takut yang aku tempuhi dulu banyak mengajar aku kini,dalam perjuangan yang aku cari ini,jangan ada sifat takut dan gentar untuk menghadapi musuh.
Berbekalkan semua pengalaman itu aku teruskan perjalanan hidup ini,memilih berpolitik cara islam dan harapan aku supaya islam berada dilandasannya suatu hari nanti.Sesungguhnya banyak lagi yang harus kita tempohi.
Rasenya setakat ini buat kali ,akan aku nukilkan kisah aku di alam remaja nanti.........itupun kalau tak sibuk,sebab panggilan mesyuarat tergempar akan berlaku tak kira mase mulai saat ini...................
Wassalam................Jumpe lagi ya..................

Saturday, October 17, 2009
BEZA BUDAK DULU DAN KINI....
Salam hujung minggu,diakhir bulan syawal yang akan melabuhkan tirainya pada hari isnin ini, masih ramai lagi yang mengadakan rumah terbuka,dalam sehari dari pagi sampai malam ada aje jemputannya,boleh 'gantung periuk' le......
Pagi yang syahdu hari ni,cuaca yang indah ingin aku coretkan sedikit memori indah juga sebagai santapan kita bersama.
Zaman aku kecik dulu ada juga le sekolah agama rakyat,kain dulu warna merah macam warna kain wanita umno,sakit mata nengoknya.Tapi kini dah warna hijau kira sedap le sikit mate ni,sejuk nengoknya macam alam semulajadi.Ustazah dulu pakai tudung ikat kat tengok aje,baju pulak yang ikut pinggang,jarang aku tengok deme pakai baju kurung.Kini ustazah sekolah agama lebih kurang gak macam dulu,tudung pun tak lah sampai menutup dada.
Aku juga pegi sekolah agama yang diadakan sebelah petang,selesai kelas pagi tapi wajib sebelum pergi sekolah agama mesti terjun sungai dulu,kelas tak lupe punye,main2 juge ngaji tetap pergi.Budak kini dapat main,langsung tak peduli nak pergi kelas kafa.
Kalau dulu ustazah amat garang,aku ingat lagi Ustazah Asiah ni bila tak dapat ngaji,slow aje tangannya merayap bawah meja mencari perut,rasa2 macam kena di sepit si ketam,rupenya cubit maut yang datang.Budak kini tak boleh di sentuh ,mule le datuk opah,mak bapak datang menyerang.Tu sebabnya budak kini teruk prestasi deme,tambah bab tentang agama ni....mak ayah buat tak kisah aje dah.
Kiranya aku dulu minat beno tulis jawi ni,kiranya kalau diberi koje cepat aje siap,sekali ajo dah dapat,bace jangan le kira,macam bas ekspress,tulis pun ok juga,semedangnya dulu yang siap, tulisan pun cantik,bila akhir sekolah selalu le dapat anugerah tulisan jawi tercantik.Itu yang buat rajin dan tak miss datang sekolah walau ribut ke,banjir sampaikan demam pun pergi juge.
Kini budak mak ayah anto pun deme tak nak pegi,belikan basikal mahal lagi ,tak juge pegi,jadi macam mana nak di dibuat,kekadang ibubapa yang mengajo anak2 yang lebih2,tu yang deme ni mengade2 aje.
Budak kini membaca rumi pun tak lancar walau dah tahun 6,jawi ape ke lagi...datang sekolah malas,mak bapak deme pun tak hairan,anak ape ke lagi.Banyak bezanya sekolah agama dulu dulu dan kini,jangan le kita abaikan anak-anak dalam bab agama ni,riso kite melihat keadaan sosial yang berlaku kini.Budak sekolah rendah pun aku nengok dah gedik lain macam je.....siapa yang harus kita salahkan?
memo: Ustazah Asiah aku pernah jumpe kat ceramah almarhum Ustaz Fadzil Noor dulu,tak ingat tahunnya tapi dah lame le,dah masuk pas ustazah,tudung pun dah ok,terkejut beso dia jumpe aku,terima kasih le ustazah ingat juge kat aku waktu tu.

Friday, October 16, 2009
BERLARI KAT STADIUM PERAK
Assalammualaikum dan bersua kembali...............
Hari ni nak sambung kisah sekolah rendah aku,banyak sejarahnya lagi,hari tu kisah bermain bolajaring,ni nak cerita tentang sukan yang aku ceburi lagi iaitu olahraga.
Aku juga hebat dari olahraga ni,tak kira lah lari 100 meter,200 meter serta lari berganti-ganti semua aku masuk.Selalunya kami akan berlatih setiap pagi ,pusing padang banyak kali sampai rase nak pengsan pun ade.
Oleh itu beberapa orang dah dipilih untuk mewakili sekolah bertanding kat Ipoh,jangan main-main ye,lawan lari kat Stadium Perak kome.Itulah pertama kali aku dapat pegi stadium,merasa nengok dan duduk kat stadium,selama ni dengo cerite aje.Lagi bangga dapat lari kat trek.....rase macam ...tak tahu le nak digambarkan ketika itu.
Ape yang tak dapat aku lupe sampai kini,aku berlari 'kaki ayam',tanpa kasut,peserta lain semua kasut sukan yang hebat2,aku tak berkasut,masa nunggu pistol berbunyi meloncat2 aku atas trek tu.Keluarga susah waktu tu,kasut sekolah pun payah nak berganti,ni kan pulak nak beli kasut sukan.Bayangkan cuaca panas,berdiri kat trek tanpa kasut,trek tu batu warna merah.
Alhamdullilah ,dapat le juge aku nombor yang terbaik ,mungkin lari pantas,riso kaki melecup le pulak.Kini nak bersenam seminggu sekali pun dah malas...tu le orang kite.......tu yang penyakit pun datang tanpa dijemput.

Thursday, October 15, 2009
KISAH ZAMAN SEKOLAH RENDAH.
Hari ini nak bercerita sikit tentang zaman kanak2 dulu,zaman ni semua orang paling suka dan sukar nak dilupai sampai bila2. Aku ni dilahirkan di daerah yang paling 'glamour' di Malaysia ni,kalau cakap orang pasti senyum dan tersengih punye....
Tentulah Tanjong Rambutan namenya,pasti yang bace ni pun tertawa sinis kan...tak pe lah,tapi bukan kat dalamnya ya,,sebelah luar dari pagar tu ...jangan ingat semua kat sana otak tak betul tau..kesian deme.
Aku bangga sangat tinggal kat sana,sekolah aku namenya SK Tg Rambutan,dari darjah1 hingga6 aku kat sana,sekolahnya tak cantik pun,kayu dan berjaring je,murid pun tak ramai,dalam kelas aku ade 30 orang aje,sampai darjah 6,muke tu aje le.
Aku ni dalam kelas tak le pandai pun,tapi aku handal dalam acara olahraga dan sukan.Kira aku ni olahragawati le,sebut aje sukan ape,muke aku le yang depan sekali,dalam kelas pun murid perempuan 10 orang aje pun.
Paling sukan yang aku gemar tentulah bolajaring,kira aku best punye le main,jadi GA lagi,kalau dapat bola,sure masuk ke jaring punye.Kawan dan lawan semua takut kat aku,lari macam lipas kudung,lawan tak boleh kawal aku .Badan tak le beso,tak cukup vitamin,orang susah namun kesungguhan aku memang tak dapat disangkal.
Guru yang melatih aku,Cikgu Nordin memang berbangga dengan aku,(mane le pegi cikgu ni dah) kalau aku tak dapat sambut bola yg di baling, punye le dia berleter,ape idaknya bola yang di baling macam peluru,silap sambut,patah tangan weh...
Aku dilatih macam askar,pagi petang,hari2 ade aje latihan,semua pertandingan seluruh Ipoh dah aku jelajah dan tawan.Kira name aku ni 'glamour'kat sekolah2 di Ipoh ni,paling best tu sampai ade yang mintak 'autograph' lepas main tu,macam pemain handalan lak.Pihak lawan sampai 3 orang jage aku,itu pun aku dapat lepas.....
Bukan setakat bolajaring je aku main,rounders adalah satu permainan yang aku ceburi,sampai jari tangan aku terseliuh sewaktu sambut bola,punya le Cikgu Zainal risokan aku,almaklum aku pemain utama,terjadi ape2 abih le...pengganti pun tak cukup.
Main-main jugak,sebagai riadah untuk kesihatan diri tapi pelajaran jangan dilupakan,tapi anak-anak aku sorang pun tak minat sukan,Farhani je belajo silat,izzah gemo masak je le.
Semua tu satu pengalaman yang tak dapat aku lupai dan aku selalu ceritakan kat anak2,deme gelakkan aku,hadiahnya memang banyak,aku tinggalkan kat kampong,ade yang dah dibuang sebab banyak jenis patung.
Jumpe lagi dengan cerita lain pulak........Wassalam.
memo: Kini SK Tanjong Rambutan dah berdiri megah,kelas dah banyak dah bangunan dah bertingkat dan beso.Aku bangga.

Tuesday, October 13, 2009
TERLALU AWAL ALLAH MENJEMPUT MU......NAMUN KAMI REDHA
Alhamdullillah,pagi ni hujan turun dengan lebatnya,tapi tak lama pun,matahari pun dah mengeluarkan cahayanya,insyaallah sekejap lagi ni panas le kot.Aku nak menyambung kisah sungai kinta lagi,kali ni kisah sedih aku sekeluarga .
Tahun 1990 terlalu pahit untuk aku telan sejarahnya,sampai kini ia menjadi bekas yang tak akan hilang di memori hidupku.Masa ini juge aku belum pun berkahwin,cuma masih diperingkat ,anto tanda aje.Di waktu ini juge aku mengajar Pasti di Batu Gajah,setiap hujung minggu bila ade kelapangan aku akan balik ke kampong ,tak le jauh beno pun......setakat 2 bas aje.
Selepas solat maghrib ,biasalah aku akan gebang-gebang dengan keluarga angkat aku,aku menumpang dengan deme ni.........tup-tup ada orang beri salam dan abah(panggilan aku kat abah angkat) buka pintu,katenya ade orang cari dan orang tu memang aku kenali rapat sejak kecil lagi.Katenya nak bawa aku balik kerana ada hal keluarga sikit,aku rase lain macam aje,tapi tak pe lah aku ikut balik,namun perasaan aku ade sesuatu yang buruk telah berlaku.
Dalam kerete aku diam dan hanya berdoa semoga tiada yang buruk telah terjadi kepada ahli keluarga aku,kerete yang dipandu terasa begitu lambat sangat,hatiku hanya Allah saje yang tahu ketika itu.Berdebar dan penuh tanda tanya?
Sebelum sampai kerumah aku,kami singgah di rumah pakcik aku,disebabkan kereta tak boleh lalu sampai kelaman rumah,aku terdengar makcik aku mengatakan sesuatu pada orang yang membawa aku tadi,air mata aku terus mengalir dan aku berlari di malam yang pekat itu kerumah,suasana malam tu memang gelap,waktu itu aku rase pukul 10 malam.
Se sampai di laman aku lihat,ramai saudara mara,jiran dan sahabat berada di luar,hati aku terus berdebar dan aku dengar dari luar suara mak menangis sambil dipujuk oleh ahli keluarga ku yang lain.Sedih dan pilu sungguh hati ku apabila naik ke atas aku lihat satu tubuh terbujur kaku diatas katil.Aku sudah tahu siapa yang terbaring itu tanpa melihatnya pun.Aku tahankan juga perasaan ini dari meratapinya kerana aku masih ingat Allah dan aku menghormati pada mereka yang hadir hari tu.
Tak sampai hati untuk aku membuka kain penutup itu,aku terus berlari keluar menuju ke sungai ,dan aku melepas kan segalanya di dalam sungai itu,aku menjerit dan menangis sepuas-puasnya,hanya malam yang menjadi saksi waktu itu.Aku di pujuk abang sulung ku untuk balik,lemah sungguh kaki ini melangkah,tak terdaya lagi rasanya untuk aku lalui saat itu,airmata dah terlalu banyak yang tumpah.Hanya Allah yang tahu keadaan aku waktu itu.
Mak masih tak sedarkan diri lagi,terlalu sedih atas kehilangan anak lelaki yang paling bongsu,yang menjadi harapan keluarga,Allah lebih menyanyanginya.
Esoknya,ramai rakan-rakan sekolah dan sepermainannya yang datang,suasana masih pilu dan hiba mak masih tak dapat menerimanya lagi.Paginya barulah aku boleh bertanya apa yang telah berlaku,cerita dari kakak sulungnya mengatakan adikku pada petang tu ,dalam pukul 5.30 petang keluar untuk bermain bola apabila dipanggil kawan2nya.Biasanya dia akan mengharungi sungai untuk ke seberang bermain di padang yang tak jauh pun dari rumah kami.Waktu tu cuaca sangat baik dan air sungai pun tak sampai ke lutut pun.
Namun kuasa Allah mengatasi segalanya,dia dijumpai berada hampir dengan tebing sungai,dan tertiarap,tidak dapat dipastikan berapa lame,namun mereka sempat membawanya dengan ambulan,namun Allah lebih menyanyanginya ,dipertengahan jalan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Usianya waktu itu 16 tahun,dan seorang remaja lelaki yang kacak dan sangat baik,aku sangat rapat dengannya,dua tiga hari sebelumnya banyak yang aku sembang dan nasihatkannya.Itulah kali terakhir dia berbual dengan ku,adikku terlalu suka makan roti telur,setiap hari dia akan beli sebuku roti dan akan memasaknya sendiri.Pakaiannya mesti sentiasa kemas dan cantik,gayanya macam orang yang dah bekerja.....namun itulah dia.
Luka dan sedihnya tak pernah hilang dari lipatan hidupku,aku sentiasa mendokannya dan semoga dia tenang dan bersama golongan orang2 yang beriman.Terlalu sedih untuk aku meneruskan lagi tulisan ku ini,airmata aku tak dapat dibendung lagi ,bila mengingatinya....cukuplah sekadar ini saje..sebagai pengalaman hidup yang terlalu sadis untuk diingati.

Friday, October 9, 2009
SUNGAI KINTA,BANYAK KENANGANNYA PADA KU.....
Tinggal di pinggir sungai menjadi aku kuat dan membesar dengan penuh kesabaran serta mendidik aku menjadi seorang yang berdikari dan tabah. Di sungai ini juga menjadi sumber rezeki yang tidak ternilai dari ALLAH SWT, ikan-ikannya bermacam jenis dan rupe tentulah menjadi makanan yang paling lazat dan berkhasiat.Namun aku tidak pulak makan ikan-ikan ni terutamanya ikan air tawar,bukan berlagak tapi itulah hakikatnya sejak dulu lagi,walau aku pengunjung setia di sungai ini.
Namun,bila balik saje dari sekolah aku akan turun ke sungai untuk mencari udang yang ade di celah-celah batu,memang banyak itu pun kalau air tak pasang dan dan bertukar warna. Udang-udang tu akan aku cucuk kan dengan lidi macam stay tu dan aku panggang atas unggun kayu api yang berbara,ape jadi ye......udang-udang tu akan bertukar warna merah yang sangat cantik dan rasenya memang sedap dan amat manis.Tak payah di bubuh perasa atau bahan-bahan lain.
Kini sungai ni dah banyak tercemar dan tak seceria dulu lagi,ikan pun dah berkurangan disebabkab kerja-kerja pembangunan yang berlaku di pinggir sungai ini dan saluran air dari perumahan juga di alirkan di sungai ini.Kalau dulu airnya memang sejuk dan ada banyak batu serta ada air terjun kini semua dah lenyap,banyak yang dah bertukar wajah.
Banyak yang ingin aku ceritakan lagi,nanti bersua lagi....................
Monday, October 5, 2009
ANAK-ANAK SAUDARA KU........
Saturday, October 3, 2009
GAMBAR RAYE 2009..............
SALAM PERSAHABATAN..........DARI KU
Alhamdullilah,setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Rabbul Izzati Penguasaha cakerawala,selawat dan salam buat kekasih yang sentiasa dirindui,ahli keluarga Baginda,para sahabat dan tabiin,serta umat islam seluruhnya.
Pertamanya,ingin aku panjatkan rasa kesyukuran dan kegembiraan di atas kehadiran blog SeriPetalin ini. Penghasilan blog ini sebagai cacatan ku sebagai insan yang ingin meluahkan sesuatu tentang pengalaman hidup di alam yang sementara ini.
Kisah-kisah yang akan dipaparkan mengenai hidup aku dan keluarga,mungkin dari zaman kanak-kanak hinggalah waktu kini,ianya sebagai perkongsian aku dengan para pelawat yang datang menziarahi aku nanti.Semoga persahabatan akan terjalin disini,dan aku harap dapat menambah ramai lagi kenalan dan sahabat di ruangan ini.Harapan ku jua moga aku dapat kembali berjumpa rakan-rakan sekolah dulu.
Banyak yang ingin aku paparkan disini,dan jika ada terluang masa dan sihat tubuh badan akan kita kongsikan bersama ,semoga dapat kita bertukar-tukar fikiran dan nasihat menasihati.
Akhirul kalam,memetik kata-kata Zakariya al-Khandalawi dalam bukunya al-Fadhilah ,kita akan sentiasa diuji dan walau apapun ujian itu jangan sesekali kita gentar atau takut tetapi terimalah keadaan itu dan berusahalah yang terbaik untuk menghadapinya.
Salam ukhuwah,bersua kembali..............

Subscribe to:
Posts (Atom)