Friday, October 30, 2009

ALAM REMAJA

Assalammualaikum bertemu kembali di hari jumaat,penghulu segala hari.Agak lama dah tak berposting ni,bukan ape terlalu banyak hal2 yang penting untuk di selesaikan dulu.Nampaknya cuaca pagi ni begitu indah,matahari dah mula menyinari alam,mungkin cuaca pagi ini baik tapi tak tahulah sebelah petangnya.

Hari ini ingin aku sambung kembali kisah aku kat sekolah menengah,SMR Ulu Kinta adalah sekolah aku seterusnya,aku berada 5 tahun di sini,banyak kenangan manis dan pahit ingin aku kongsikan bersama.Zaman remaja kate orang zaman yang indah dan paling bahagia....ye ke....

Disini aku meneruskan minat aku dalam sukan,tapi tidaklah begitu aktif sangat disebabkan ramai pesaing2 yang hebat dan lebih baik lagi.Namun semua itu tak menghalang aku untuk terus mewakili sekolah dalam acara kegemaran aku iaitu bolajaring.Aku masih aktif bermain di seluruh Ipoh jika ada pertandingan yang dianjurkan.Untuk acara sukan aku dah tukar acara,aku minat dengan acara yang lebih lasak lagi.

Walaupun badan aku kecik,aku masuk acara lontar peluru,baling tukul besi dan baling lembing. Semua acara tu aku jadi johan,mengalahkan kawan2 yang berbadan besar.Lagi pun acara ni tak payah nak lari2 sangat,kita dah dewasa,mulalah ada rasa malu sikit,jadi bagi aku acara ni paling sesuai di peringkat umur aku.

Bila masuk aje tingkatan 3 aku mula dah fadeup dengan sukan2 ni,aku pun dah malas sangat nak ambik tahu tentang ape jua acara yang dianjurkan.Kali terakhir aku bertanding di Sekolah Convent Ipoh,lawan kami ni giant2 belaka ,takut tengok deme ni,punye le beso dan tingginya manusia,ye ke budak sekolah ni......Punye le kena belasah,abih tudung2 ditarik deme,kasonya jangan le cakap,main tolak dan hentak aje......macam nak tinju pun ade,pengadil tu buat bodoh aje...Main kaso bagi aku dah tak de lagi dalam diari hidup aku apabila dah naik sekolah menengah,kire nak ubah imej le...bior nampak manis dan baik sikit....

Apebile selesai semua tu aku dah tak sio lagi nak main,aku rasa dah tak sesuai dengan cita rase aku lagi.kini aku dah dapat ape yang aku nak,aku dah minat sangat kat benda ni......nak tau ape TUNGGU.......................................

Jumpe lagi........Wassalam.

No comments: