Tuesday, October 20, 2009

SEKOLAH MENENGAH LE PULAK...........

Syukur Alhamdullilah bersua kembali setelah dua tiga hari ini sibuk dengan jemputan dipenghujung syawal,lagi 'last minute' lagi hebat lah orang kite menjamu selera.Semalam juga kalau ikut haribulan masehi,bertambahlah lagi usia aku,aku dilahirkan pada tarikh semalam,pada tahun 1971,kira le sendiri......

Sepanjang meniti usia ini,kita sebenarnya banyak belajar dalam menempuh kehidupan yang ada suka,duka kekadang terlalu hiba dan sukar untuk dilupai.Nukilan yang lalu aku ceritakan tentang bagaimana mengalami zaman kanak2 yang banyak cabaran dan dugaan hidup.Bila menjangkau ke sekolah menengah atau mula mengorak langkah ke alam remaja tentulah berbeza pulak ceritanya.

Sekolah Menengah Rendah Ulu Kinta adalah sekolah aku yang seterusnya,bertandang disitu tentulah lagi banyak dugaan yang bakal aku lalui.Jarak dari rumah kesekolah memang jauh,lebih kurang 2 kilometer lebih.Aku kesekolah hanya menaiki basikal yang uzur dan dhaif,kalau kawan2 lain dapat basikal baru bila naik sekolah menengah ,aku tak merasainya pun dan tak kan dapat pun.......

Untuk kesekolah dengan lebih cepat selalu aku akan lalui jalan pintas iaitu melalui jalan lombong yang ketika itu masih beroperasi lagi,ikutkan dalammya lombong tu aku raselah,kalau kita cantumkan 4 atau 5 pokok kelapa yang tinggi tu ,macam tu le rasenya dalam lombong tu,namun masih ade juge yang membuat rumah di tepi2 lombong tu.Kini aku tak pasti pulak adakah dah ditutup lombong tu...........

Selalunya kalau kesekolah kami akan berkonvoi ,taklah rase letih sangat atau boring,itu pun kalau cuaca elok aje kami berani melalui jalan tu,kalau musim hujan selalu berlaku rebakan atau gelongsoran tanah,amat bahaya sekali.Namun kalau dah terlewat sangat kami akan redah juge,ikut jalan yang biasa memang jauh walau jalannya cantik dan elok.Itu pun tengok pade masa,kalau awal kami keluar maka kami akan jalan jauh sikit,tapi bile dah lewat bawak basikal amat le laju....merempit juge le ,takut kena denda lak..........

Walau apa pun keadaan waktu tu ,aku masih bersemangat untuk kesekolah,kekadang balik dari sekolah basikal mengalami kecederaan,maka sampai ke malam baru tiba kerumah.Bila bersekolah petang begitulah keadaannya,terpaksa sorong basikal sampai kerumah.Kalau rumah hanya ditepi2 jalan tak pe lah juge,ini nak sampai ke rumah punye le banyak hutan, kebun ,ladang yang ditempuh,kalau tak biasa memang le nangis sorang2.Bunyi pulak tu,jangan le di kira...kalau buat cerita seram...kira memang seram le....tapi idak pulak takut waktu tu....

Apa yang aku lalui dulu itulah yang aku cuba praktikkan kini,cuma berlainan keadaan ,masa dan waktu.Semua cabaran itu aku simpulkan ia menjadi satu kekuatan pada aku untuk meneruskan perjuangan aku dalam jemaah islam.Rasa takut yang aku tempuhi dulu banyak mengajar aku kini,dalam perjuangan yang aku cari ini,jangan ada sifat takut dan gentar untuk menghadapi musuh.

Berbekalkan semua pengalaman itu aku teruskan perjalanan hidup ini,memilih berpolitik cara islam dan harapan aku supaya islam berada dilandasannya suatu hari nanti.Sesungguhnya banyak lagi yang harus kita tempohi.

Rasenya setakat ini buat kali ,akan aku nukilkan kisah aku di alam remaja nanti.........itupun kalau tak sibuk,sebab panggilan mesyuarat tergempar akan berlaku tak kira mase mulai saat ini...................

Wassalam................Jumpe lagi ya..................

No comments: